Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua kakitangan akhbar Brunei kunjungi BH dalam program pertukaran dua hala

Nov 10, 2023 | 5:30 AM
KUNJUNGAN KE BH: (Dari kiri) Kakitangan BH Cik Nur Adilah Mahbob, Cik Natasha Mustafa, Cik Ervina Mohd Jamil, bersama kakitangan akhbar Pelita Brunei, Cik Nur Amalia Alisha Daud dan Hajah Apsah Haji Sahdan pada 7 November lalu.
KUNJUNGAN KE BH: (Dari kiri) Kakitangan BH Cik Nur Adilah Mahbob, Cik Natasha Mustafa, Cik Ervina Mohd Jamil, bersama kakitangan akhbar Pelita Brunei, Cik Nur Amalia Alisha Daud dan Hajah Apsah Haji Sahdan pada 7 November lalu. - Foto ihsan NUR ADILAH MAHBOB

Dua pegawai perkhidmatan awam Brunei mengunjungi pejabat Berita Harian pada Selasa lalu di bawah program pertukaran anjuran Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Program Penyerapan Penterjemah Singapura-Brunei itu merupakan program pertukaran yang diadakan oleh pihak Singapura dan Brunei setiap tahun.

Dianjurkan Sekretariat Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC), program itu bertujuan mendedahkan kakitangan awam kededua negara kepada landskap bahasa dan penterjemahan di negara masing-masing.

Sejak TIP pertama pada 2016, acara itu diadakan secara silih berganti oleh Brunei dan Singapura sebagai tuan rumah.

TIP di Singapura kali ini disertai dua pegawai Brunei daripada akhbar Pelita Brunei – Penolong Editor, Cik Nur Amalia Alisha Daud; serta penterjemah kanan, Hajah Apsah Haji Sahdan. Akhbar tersebut diterbitkan Jabatan Penerangan Brunei.

Di pejabat BH, mereka mendengar perkongsian daripada Editor Audiens dan Pertumbuhan, Cik Norhaiza Hashim; Timbalan Editor Berita, Cik Nur Adilah Mahbob; Penolong Editor Berita; Cik Ervina Mohd Jamil; wartawan Encik Harith Mustaffa; serta penyampai podcast Cik Natasha Mustafa.

KONGSI USAHA BH: Encik Harith Mustaffa mengongsi usaha BH untuk mendekati pembaca di ruang digital. Dua peserta program dari Brunei itu ialah Cik Nur Amalia Alisha Daud (paling kanan) dan Hajah Apsah Haji Sahdan (dua dari kanan).
KONGSI USAHA BH: Encik Harith Mustaffa mengongsi usaha BH untuk mendekati pembaca di ruang digital. Dua peserta program dari Brunei itu ialah Cik Nur Amalia Alisha Daud (paling kanan) dan Hajah Apsah Haji Sahdan (dua dari kanan). - Foto BH oleh NUR ADILAH MAHBOB

Pasukan BH mengongsi usahanya dalam menjalani transformasi digital, cabaran dari segi penterjemahan, serta inisiatif mendekati pembaca muda menerusi pelbagai cara termasuk wadah media sosial.

Selain lawatan ke BH, peserta Brunei itu berpeluang mengunjungi MCI, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), dan bangunan Parlimen Singapura dalam program selama seminggu itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg