Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Putin akan sentuh isu Israel-Palestin semasa ke Saudi, UAE

Dec 6, 2023 | 2:37 PM
BAKAL BINCANG: Presiden Russia, Encik Vladimir merasakan Moscow boleh memainkan peranan sebagai orang tengah kerana hubungan mesranya dengan Israel dan Palestin tanpa ada niat untuk bertindak terhadap satu pihak sahaja.
BAKAL BINCANG: Presiden Russia, Encik Vladimir merasakan Moscow boleh memainkan peranan sebagai orang tengah kerana hubungan mesranya dengan Israel dan Palestin tanpa ada niat untuk bertindak terhadap satu pihak sahaja. - Foto AFP

MOSCOW: Dalam usaha mengukuhkan semula peranan Russia di Timur Tengah, Presiden Encik Vladimir Putin, akan membuat lawatan sehari ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi dengan tumpuan diberikan kepada perang Israel-Palestin.

Beliau kemudian akan menjadi tuan rumah kepada lawatan presiden Iran di Moscow pula pada minggu ini, kata Kremlin pada 5 Disember.

Rundingan dengan kedua-dua negara itu akan memberi tumpuan kepada hubungan dua hala dan perang antara Israel dengan Hamas di Gaza, kata jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov.

Isu berkaitan batas harga minyak di bawah kerangka Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak dan sekutunya (Opec+) juga antara agenda yang akan diketengahkan, tambahnya.

Encik Putin juga akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi di Kremlin pada hari Khamis, kata Encik Peskov dalam satu panggilan persidangan dengan wartawan.

Lawatannya ke Arab Saudi dan UAE timbul pada masa Russia mahu memajukan peranannya sebagai broker kuasa dalam konflik di Timur Tengah.

Encik Putin yang mendakwa peperangan antara Palestin dengan Israel sebagai kegagalan diplomasi Amerika Syarikat dan Washington telah memilih ‘pemberian’ ekonomi kepada rakyat Palestin dan meninggalkan usaha untuk membantu dalam mewujudkan negara Palestin.

Beliau merasakan Moscow boleh memainkan peranan sebagai orang tengah kerana hubungan mesranya dengan Israel dan Palestin, justeru “tiada sesiapa yang boleh mengesyaki kami bertindak untuk satu pihak”.

Penganalisis pro-Kremlin, Encik Sergei Markov, berkata bahawa Arab Saudi dan UAE telah menjadi sekutu penting bagi Russia, dengan menambah bahawa Moscow telah meraih keuntungan daripada harga minyak yang tinggi hasil perjanjian OPEC+ yang dimeterainya bersama Riyadh. Hubungan rapat dengan UAE menyediakan salah satu jalan untuk memintas sekatan Barat ke atas Moscow.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Encik Putin pada Mac kerana jenayah perang, menuduhnya bertanggungjawab secara peribadi ke atas penculikan kanak-kanak di Ukraine.

Sejak waran tangkap dikeluarkan, Encik Putin enggan menghadiri sidang puncak BRICS iaitu kumpulan negara yang terdiri daripada Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan yang diadakan di Afrika Selatan. Ini kerana negara itu diwajibkan untuk menangkapnya sejurus selepas ketibaannya di sana sebagai penandatangan kepada perjanjian ICC.

Arab Saudi mahupun UAE tidak menandatangani perjanjian ICC. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg