Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putuskan tiada kekosongan empat kerusi Parlimen Sabah

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Yang Dipertua Dewan Rakyat (Parlimen), Datuk Johari Abdul, memutuskan tidak berlaku kekosongan empat kerusi Parlimen dimenangi bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November lalu.



Perkara itu dimaklumkan seorang daripada Ahli Parlimen (AP) terbabit, Datuk Matbali Musah (Sipitang), yang mengesahkan pihaknya telah menerima salinan surat daripada Datuk Johari yang ditujukan kepada Naib Presiden Bersatu merangkap Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berhubung keputusan dalam isu kedudukan empat wakil rakyat berkenaan.



Beliau berkata surat itu antara lain menjelaskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi mengikut Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



"Saya menerima salinan surat daripada Speaker Dewan Rakyat yang dihantar kepada Datuk Ronald Kiandee, yang menyatakan dan memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan Kerusi Parlimen terbabit bawah Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya lewat kelmarin.



Selain Sipitang, tiga lagi kerusi Parlimen ialah Papar yang disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali; Batu Sapi (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Encik Khairul Firdaus Akbar Khan); dan Ranau (Datuk Jonathan Yasin).



Pada 29 Disember lalu, Datuk Ronald yang juga AP Beluran dalam satu kenyataan berkata Bersatu sudah menghantar notis kepada Datuk Johari untuk memastikan berlaku kekosongan 'luar jangka' membabitkan empat kerusi Parlimen di Sabah.



Ia susuli dakwaan bahawa empat AP itu melakukan kesalahan melompat parti berdasarkan undang-undang melarang AP bertukar parti, apabila bertindak keluar Bersatu Sabah dan menjadi ahli langsung dalam GRS yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.



Media sebelum ini melaporkan Datuk Johari mengesahkan ada menerima notis itu daripada Bersatu dan menetapkan keputusan akan dibuat selepas 21 hari dari tarikh notis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >