Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Qatar beri 10,000 kabin, karavan Piala Dunia 2022 bantu mangsa gempa

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



DOHA: Kerajaan Qatar memutuskan untuk menyerahkan 10,000 kabin dan karavan yang telah digunakan semasa Piala Dunia 2022 kepada Turkey dan Syria, bagi membolehkan pemerintah kedua-dua negara menempatkan mangsa gempa bumi yang kehilangan tempat tinggal, kata pegawai Qatar, Ahad lalu.



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyatakan, berjuta-juta rakyat di dua negara itu memerlukan bantuan selepas gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter 6 Februari telah membunuh sekurang-kurangnya 34,000 orang dan meratakan seluruh kawasan kejiranan di dua negara jiran berkenaan.



"Memandangkan keperluan mendesak di Turkey dan Syria, kami telah mengambil keputusan untuk menghantar kabin dan karavan kami ke rantau ini, memberikan sokongan segera yang amat diperlukan rakyat Turkey dan Syria," kata seorang pegawai Qatar kepada agensi berita AFP.



Rumah mudah alih itu digunakan selama beberapa minggu ketika Qatar menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022.



Pegawai itu berkata, selepas kejohanan itu, kabin dan karavan akan didermakan.



Penghantaran pertama ditetapkan untuk meninggalkan pelabuhan Doha ke Turkey pada Isnin, dengan penghantaran lanjut dijangka dalam beberapa hari akan datang, kata pegawai Qatar, meminta namanya dirahsiakan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media.



Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani - melawat Turkey pada Ahad, menjadikannya pemimpin asing pertama berbuat demikian sejak gempa tersebut.



Beliau menjauhkan diri dari zon terjejas, mengadakan perbincangan di Istanbul dengan Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan mengenai cara Doha boleh membantu "meringankan bencana ini", kata Amir itu dalam ciapan di Twitter.



Qatar mempunyai salah satu pasukan penyelamat asing terbesar di Turkey, dengan kira-kira 130 orang berada di lapangan, dan telah menghantar 100 tan bantuan.



Kedua-dua negara telah membina hubungan yang semakin kukuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >