Qatar berkas 10 perisik IRGC ketika Teheran serang pangkalan AS di Teluk

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Qatar berkas 10 perisik IRGC ketika Teheran serang pangkalan AS di Teluk

Mar 4, 2026 | 12:33 PM

Qatar berkas 10 perisik IRGC ketika Teheran serang pangkalan AS di Teluk

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tentera Qatar berkata ia berjaya memintas dua peluru berpandu balistik Iran yang masuk ke ruang udaranya pada awal pagi 3 Mac 2026.
Tentera Qatar berkata ia berjaya memintas dua peluru berpandu balistik Iran yang masuk ke ruang udaranya pada awal pagi 3 Mac 2026. - Foto: AFP

DOHA: Pihak berkuasa Qatar berkata pada 4 Mac bahawa ia telah memberkas dua sel yang terdiri daripada kira-kira sedozen suspek yang dilaporkan bekerja untuk Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) di Qatar.

Mengesahkan demikian pada 4 Mac, agensi berita pemerintah semenanjung itu menyatakan bahawa ejen yang dikatakan itu ditugaskan untuk menjalankan “misi pengintipan dan subversif.”

Agensi Berita Qatar (QNA) melaporkan bahawa “pihak berkuasa yang berwibawa telah berjaya menangkap dua sel yang beroperasi bagi pihak IRGC di Qatar.”

Agensi itu menambah bahawa penangkapan itu susulan “operasi pemantauan dan pengesanan ketepatan” dan “mengakibatkan penangkapan sepuluh suspek”.

Tujuh daripada mereka ditugaskan dengan misi pengintipan untuk mengumpulkan maklumat risikan mengenai infrastruktur penting dan ketenteraan negara.

Tiga yang lain pula “ditugaskan untuk menjalankan aktiviti sabotaj dan dilatih dalam penggunaan dron,” jelas agensi itu.

Pihak berkuasa Qatar juga menemui “lokasi dan koordinat kemudahan dan pemasangan sensitif, bersama-sama dengan peranti komunikasi dan peralatan teknologi” yang dimiliki suspek, kata QNA.

Kesemua suspek dilaporkan mengaku mempunyai kaitan dengan IRGC, dengan menyatakan bahawa “mereka telah ditugaskan untuk menjalankan misi pengintipan dan subversif.”

Perkembangan tersebut berlaku ketika Iran, sejak 28 Februari, telah menyasarkan aset Amerika Syarikat di beberapa negara serantau termasuk Qatar dan negara Majlis Kerjasama Teluk yang menjadi tuan rumah pangkalan tentera negara itu.

Ini selepas serangan Amerika dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari, membunuh pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei dan pegawai kanan lain.

Kementerian pertahanan Doha melaporkan sebelum ini bahawa peluru berpandu balistik Iran menyerang Pangkalan Udara al-Udeid Washington - kemudahan tentera Amerika terbesar di Teluk pada 3 Mac.

Menurut kementerian itu, pertahanan udaranya berjaya memintas peluru berpandu pertama, manakala yang kedua menyerang al-Udeid tetapi tanpa menyebabkan sebarang korban.

Pihak berkuasa Qatar menyeru para penduduk dan pemastautin supaya sentiasa berjaga-jaga dan melaporkan sebarang kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Sejak perang bermula, Iran telah melancarkan berbilang serangan besar-besaran yang melibatkan lebih 1,200 dron dan hampir 500 peluru berpandu balistik yang menyasarkan semua enam negara Teluk - Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Serangan itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh kematian orang awam dan ratusan kecederaan di seluruh rantau ini. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg