Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Rafizi: Tiada jaminan kerajaan stabil terbentuk walau Pakatan Harapan kuasai banyak kerusi

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH kerajaan Malaysia yang rapuh dan tidak stabil mungkin terbentuk walaupun sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) di semenanjung dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli, menyuarakan kebimbangan itu dalam wawancara eksklusif dengan Berita Harian (BH) sewaktu ditemui di kawasan Parlimen Pandan baru-baru ini.



Pandangan Encik Rafizi itu disokong satu kajian terbaru Endeavour-MGC Research Centre yang meramalkan senario serupa.



Menurut kaji selidik itu, walaupun BN mungkin hanya menang antara 67 dengan 82 kerusi, ia akan berupaya membentuk kerajaan jika ia bergabung dengan beberapa parti di Sabah atau Sarawak dan parti-parti kecil di semenanjung.



Encik Rafizi berkata walaupun PH yakin akan memenangi 80 hingga 90 kerusi Parlimen untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil, ia perlu menang lebih daripada 90 - menghampiri 100 kerusi.



"Parti-parti politik di Sabah dan Sarawak, mereka faham jika contohnya PH menang hingga 100 kerusi tetapi mereka masih juga hendak bergabung dengan Umno, PAS (Parti Islam SeMalaysia) atau Bersatu atau dengan parti-parti kecil, ini akan menyebabkan kerajaan yang rapuh seperti sekarang, bergaduh sesama sendiri dan tak cukup satu atau dua tahun tukar Perdana Menteri," tegas Encik Rafizi.



Menurut beliau, setakat ini setelah seminggu berkempen, persaingan sengit adalah antara dua blok terbesar iaitu BN dan PH.



Namun, beliau yakin PH berada di hadapan kerana sokongan pengundi Melayu pada Umno jatuh mendadak sejak dua minggu lalu di bawah 30 peratus akibat perkembangan yang berlaku sepanjang lima bulan lalu.



"Selepas kemenangan besar Johor mereka salah anggap sokongan telah kembali pada BN sedangkan jika mereka lihat pada sokongan pengundi sejak 2018, sokongan tidak pernah kembali pada BN.



"Cuma pengundi atas pagar dan pengundi biasa tidak keluar sebab itu PH kalah teruk di Johor," jelas Encik Rafizi.



Beliau mendakwa langkah Umno mendesak supaya PRU15 disegerakan walaupun menghadapi risiko bencana banjir tanpa menghiraukan kos sara hidup yang meningkat, telah semakin menghakis sokongan pada Umno.



Menurutnya, dua lagi perkembangan yang menjejas sokongan terhadap Umno ialah hukuman penjara mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan skandal kapal tempur pesisir (LCS) bernilai lebih RM9 bilion ($2.7 bilion).



Dalam persaingan sengit antara BN dan PH ini, Encik Rafizi berasakan peranan pengundi muda dan mereka yang berada di atas pagar mungkin berupaya mempengaruhi keputusan.



"Masalahnya dengan pengundi 18 (pengundi muda) ini, susah nak baca sebab tak ada rekod bagaimana mereka mengundi dari segi pemahaman dan pengalaman mereka mengenai masalah kehidupan seharian tak sama dengan yang lain sebab mereka tak pernah bekerja.



"Setakat ini sokongan pengundi muda usia 18 hingga 21 adalah antara dua blok besar PH dan BN. Tetapi (sokongan) mereka terlalu volatile, sering berubah," jelas beliau.



Encik Rafizi, yang pernah menjadi Anggota Parlimen (AP) Pandan dari 2013 hingga 2018, tidak dibenarkan bertanding dalam PRU14 kerana menghadapi hukuman penjara 30 bulan.



Beliau dituduh membocorkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC) pada Mac 2012.



Beliau bersara sementara daripada politik sebelum kembali awal tahun ini untuk bertanding menjadi Timbalan Presiden PKR.



Encik Rafizi disifatkan sebagai pengganti pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan diberi tanggungjawab menjadi pengarah pilihan raya PKR.



Penulis mantan wartawan kanan BH yang kini menetap di Kuala Lumpur.




"Parti-parti politik di Sabah dan Sarawak, mereka faham jika contohnya PH menang hingga 100 kerusi tetapi mereka masih juga hendak bergabung dengan Umno, PAS (Parti Islam SeMalaysia) atau Bersatu atau dengan parti-parti kecil, ini akan menyebabkan kerajaan yang rapuh seperti sekarang, bergaduh sesama sendiri dan tak cukup satu atau dua tahun tukar Perdana Menteri."



- Encik Rafizi Ramli, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >