Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Charles III berjalan ucap terima kasih pada orang ramai

Sep 19, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Raja Charles III dan pewarisnya, Putera William, membuat kejutan dengan melakukan lawatan berjalan kaki di London bagi mengucapkan terima kasih, sekali gus menggembirakan orang ramai yang beratur sepanjang malam untuk melihat keranda Ratu Elizabeth II, menjelang upacara pengebumiannya hari ini.



Laungan "God Save The King" oleh orang ramai yang berada di tepi sungai bertentangan dengan Parlimen, ketika raja baru dan anak sulungnya itu bersalaman dan beramah mesra dengan pelawat yang menunggu dengan sabar dalam barisan, sebelum beliau berangkat menemui beberapa pemimpin dunia yang tiba untuk upacara itu.



Kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun, pada 8 September lalu, mencetuskan emosi, selepas 70 tahun bertakhta.



Puluhan ribu orang menunggu dengan sabar, yang sudah melebihi tempoh 25 jam untuk melihat keranda baginda yang diselubungi bendera.



Sukarelawan menghulurkan selimut biru kepada orang ramai berikutan cuaca sejuk.



Putera William dan Putera Harry kemudian mengetuai lapan cucu Ratu Elizabeth II di empat penjuru keranda di Westminster Hall.



Acara pengebumian itu ditetapkan sebagai antara perhimpunan terbesar yang dianjurkan di UK selama beberapa dekad.



Lebih 500 pemimpin dan kerabat diraja seluruh dunia dijangka hadir semasa upacara bersejarah di Westminster Abbey itu.



Antara kerabat diraja dari Eropah yang sudah mengesahkan kehadiran termasuk Raja Philippe dan Ratu Mathilde dari Belgium; Raja Willem-Alexander dan isterinya; Ratu Maxima, bersama ibunya; dan bekas Ratu Belanda, Puteri Beatrix.



Raja Felipe dan Ratu Letizia dari Sepanyol turut menerima jemputan, selain kerabat diraja Norway, Sweden, dan Denmark.



Rumah Putih pula mengesahkan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, akan hadir bersama isterinya, Puan Jill Biden.



Presiden Halimah Yacob akan mewakili Singapura untuk menghadiri istiadat pengebumian negara Ratu Elizabeth II, menurut kenyataan Ehwal Luar (MFA).



Puan Halimah akan ditemani suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >