MANILA: Seorang ahli perniagaan yang digelar "Raja Dadah" dan isterinya ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata, kata pihak berkuasa semalam, sedang pemerintah Presiden Rodrigo Duterte rancak memerangi jenayah dadah.
Menurut polis, Melvin Odicta, pengedar dadah yang dikenali sebagai "Dragon" (Naga) dan isterinya ditembak mati Isnin lalu di Pelabuhan Aklan di tengah Filipina sebaik turun dari sebuah feri.