Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raja Salman dibenar pulang lepas ‘pemeriksaan rutin’ hospital

Apr 25, 2024 | 12:35 PM
Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dibenarkan pulang dari hospital setelah menjalani “pemeriksaan rutin” pada 24 April.
Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dibenarkan pulang dari hospital setelah menjalani “pemeriksaan rutin” pada 24 April. - Foto REUTERS

DUBAI: Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, dibenarkan pulang dari hospital Pakar King Faisal di Jeddah, selepas menyelesaikan “pemeriksaan rutin,” lapor media kerajaan Arab Saudi pada 24 April.

Raja Salman, 88 tahun, dimasukkan ke hospital pada awal 24 April, lapor Saudi Press Agency (SPA) merujuk kenyataan Istana Diraja.

Pemeriksaan itu berlangsung beberapa jam, ujar kenyataan tersebut, yang juga diterbitkan dalam akaun X rasmi Istana Diraja.

Kali terakhir Raja Salman dimasukkan ke hospital ialah pada Mei 2022 bagi menjalani ujian kolonoskopi dan perubatan, lapor Gulf News (@gulfnews) di platform X

Raja Salman, yang diamanahkan sebagai penjaga tapak paling suci bagi agama Islam, naik takhta negara pengeksport minyak itu pada 2015.

Sebelum itu, beliau menghabiskan lebih dua setengah tahun sebagai putera mahkota dan timbalan perdana menteri.

Raja Salman menjalani pembedahan pundi hempedu pada 2020. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg