Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat AS hadapi gelombang haba bak 'nafas naga'

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Rakyat Amerika kini merancang menghabiskan masa beberapa hari di tempat berhawa dingin di Oklahoma, memantau grid elektrik di Texas, dan memerhatikan jangan sampai ada ikan jerung semasa mereka menikmati dingin laut di New York.



Di seluruh Amerika Syarikat, rakyat negara itu sedang mengalami cuaca panas berbahaya, menurut ahli kaji cuaca, yang akan berterusan hingga minggu hadapan.



Lebih 100 juta orang kini diberi amaran tentang cuaca panas buruk, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan negara itu.



Di bandar Oklahoma, cuacanya mencecah 43 darjah Celsius Selasa lalu, kata Encik Colin Newman, 40 tahun.



"Bahangnya seperti hembusan nafas naga apabila kita keluar dari bangunan, sekalipun pada awal pagi.



"Kami merancang menghabiskan masa dengan berpindah-pindah ke beberapa tempat berhawa dingin," katanya.



Sementara itu, penduduk New York pula dijangka menuju ke pantai untuk mendapatkan cuaca dingin.



Gabenor New York, Cik Kathy Hochul, mengarahkan supaya ditambah pengawasan ikan jerung di pantai Long Island, yang telah mencederakan tiga orang bulan ini.



Di pesisiran pantai Rockaway di Queens pula tidak dibenarkan berenang pada tengah hari kelmarin setelah ikan jerung dilaporkan dilihat di situ, menurut polis New York.



Cuaca panas keterlaluan di Amerika itu tidak ubah seperti yang dialami di Eropah minggu ini, yang mengakibatkan kebakaran hutan dan para saintis mengatakan keadaan itu akan berterusan akibat perubahan iklim.



Namun, tidak seperti di Eropah, kebanyakan rumah di Amerika mempunyai alat hawa dingin.



Penggunaan tenaga di Texas dijangka lebih tinggi minggu ini kerana rumah dan pusat perniagaan menggunakan alat hawa dingin, menurut jangkaan pengendali projek grid elektrik Isnin lalu.



Bagi mereka yang tidak memiliki alat hawa dingin di New York, jabatan bomba bandar itu mengatakan pusat berhawa dingin di buka di perpustakaan, pusat masyarakat dan bangunan lain.



Sekiranya ada permintaan, ia akan memasang alat pemancut air pada paip bomba.



Di kawasan bandar pula, pekerja pengangkutan mengambil langkah berjaga-jaga dengan banyak minum air, kata Cik Celeste Kirkland, seorang anggota kesatuan sekerja pengangkutan bagi keselamatan kereta api bawah tanah.



"Kami bekerja di tempat amat panas," katanya.



Di Port St Lucie, Florida, seorang penduduk berusia 52 tahun, Cik Lisa Kessler, tidak mahu melakukan semua kegiatan di luar rumah hingga matahari terbenam, katanya.



Di Taman Negara Death Valley di California, suhu di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Stovepipe Wells dikatakan mencecah 48 darjah Celsius.



Death Valley disifatkan sebagai antara kawasan paling panas di muka bumi ini dan pengawal taman itu, Encik Nico Ramirez, berkata suhu sebegitu adalah biasa di situ. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >