Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Iran bimbang jika Israel lancar serangan balas

Apr 16, 2024 | 02:28 PM



DUBAI: Prospek tindakan balas Israel terhadap Iran atas serangan dron dan peluru berpandunya pada hujung minggu telah membimbangkan ramai rakyat Iran yang sudah pun dicerut masalah ekonomi serta kawalan sosial dan politik yang lebih ketat selepas protes pada 2022 dan 2023.


Pemimpin politik dan tentera Iran telah berulang kali memberi amaran bahawa mereka akan bertindak balas terhadap sebarang tindakan balas Israel.

Itu hanya berita buruk bagi orang biasa, kata Encik Hesam, seorang guru berusia 45 tahun dari bandar utara Amol.

“Tekanan ekonomi akan meningkat, keselamatan kami akan terancam... Kita mesti mengelak konflik walau apa cara sekalipun. Saya tidak mahu perang. Jika berlaku, bagaimana saya boleh melindungi dua anak saya? Tiada tempat yang selamat!” kata beliau.

Suri rumah Cik Parvaneh, 37 tahun, bimbang serangan Israel boleh memburukkan keadaan ekonomi yang dilemahkan oleh sekatan bertahun-tahun, masalah salah urus dan rasuah.

“Kami rakyat Iran telah bertahan lebih daripada cukup selama bertahun-tahun.

“Peperangan hanya membawa bencana. Suami saya seorang pekerja kilang. Kami tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan asas, apatah lagi untuk menyimpannya,” kata ibu dua anak di tengah bandar Yazd itu.

Rakyat Iran yang berpendapatan sederhana dan rendah menanggung beban masalah ekonomi sedia ada, dengan inflasi melebihi 50 peratus, kenaikan harga utiliti, makanan dan perumahan serta-mata wang rial jatuh dengan mendadak.

Terdapat kebanggaan bercampur dengan ketakutan terhadap tindakan balas Iran ekoran serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April.

“Saya sangat bangga dengan serangan ke atas Israel. Mereka yang memulakannya. Kami terpaksa membalas dendam. Israel tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka tahu Iran sangat berkuasa,” kata Encik Hossein Sabahi, 30 tahun, kakitangan awam di bandar Tabriz.

Tetapi pasaran menunjukkan realiti ekonomi yang teruk di sebalik serangan itu dengan nilai mata wang rial menjunam berbanding dolar Amerika Syarikat. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >