Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan Iran ke atas Israel rintis perang terbuka

Tembakan dron, peluru berpandu adalah serangan pertama Teheran dari wilayahnya sendiri
Apr 22, 2024 | 05:30 AM



TEHERAN: Selama beberapa dekad, Israel dan Iran telah berperang dalam perang bayangan di merata Timur Tengah, saling melancarkan serangan di darat, laut, udara dan di alam siber.


Serangan dron dan peluru berpandu yang dilancarkan Iran ke atas Israel pada 13 April – walaupun hampir kesemuanya berhasil ditembak jatuh atau dipintas – disifatkan sebagai fasa baru dalam konflik antara kedua-dua negara musuh ketat itu.

Menurut Encik Ahron Bregman, saintis politik dan pakar dalam isu keselamatan Timur Tengah, di King’s College, London, ini adalah kali pertama Iran secara langsung, menyerang Israel dari wilayahnya sendiri.

Beliau menyebutnya sebagai “peristiwa bersejarah”.

Iran, sebahagian besarnya menggunakan proksi asing seperti kumpulan Hezbollah di Lebanon untuk menyerang kepentingan Israel.

Sementara pembunuhan yang disasarkan ke atas pemimpin tentera Iran dan saintis nuklearnya, telah menjadi bahagian penting dalam strategi Israel.

Berikut adalah urutan konflik terkini:

Ogos 2019: Serangan udara Israel membunuh dua tentera terlatih Iran di Syria. Sebuah dron diletupkan berhampiran pejabat Hezbollah di Lebanon dan serangan udara di Qaim, Iraq, membunuh seorang komander Iraq yang disokong Iran.


Israel menuduh Iran pada masa itu, cuba mewujudkan rangkaian bekalan senjata mengikut jalan darat melalui Iraq dan utara Syria ke Lebanon.

Penganalisis berkata serangan Israel itu bertujuan mengekang Iran dan memberi isyarat kepada proksinya bahawa Israel tidak akan bertolak ansur dengan pengumpulan peluru berpandu pintar, di sempadannya.

Januari 2020: Israel menyambut dengan penuh kepuasan atas pembunuhan Mejar Jeneral Qassim Suleimani, panglima Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran, dalam serangan dron Amerika di Baghdad.


Iran bertindak balas dengan menyerang dua pangkalan di Iraq yang menempatkan tentera Amerika, dengan peluru berpandu, mencederakan kira-kira 100 anggota tentera Amerika.

2021 - 2022: Pada Julai 2021, sebuah kapal tangki minyak yang diuruskan oleh syarikat perkapalan milik Israel, telah diserang di luar pantai Oman, membunuh dua anak kapal, kata syarikat itu dan tiga pegawai Israel.


Dua daripada pegawai itu berkata serangan tersebut nampaknya dilakukan oleh dron Iran.

Iran tidak secara jelas mendakwa atau menafikan bertanggungjawab, tetapi saluran televisyen milik pemerintahnya menyifatkan episod itu sebagai tindak balas kepada serangan Israel di Syria.

November 2021: Israel membunuh saintis nuklear terkemuka Iran, Encik Mohsen Fakhrizadeh, dan disusuli dengan pembunuhan panglima Pengawal Revolusi, Kolonel Sayad Khodayee, pada Mei 2022.


Disember 2023: Selepas pengeboman Israel ke atas Gaza bermula, sebagai tindak balas kepada serangan 7 Oktober yang diketuai Hamas, kumpulan yang disokong Iran itu meningkatkan serangan mereka sendiri.


Pada akhir 2023: Iran menuduh Israel membunuh seorang tokoh tentera peringkat tinggi, Brigadier Jeneral Sayyed Razi Mousavi, dalam serangan peluru berpandu di Syria.


Tentera Israel tidak mengaku bertanggungjawab. Tetapi menteri pertahanan negara itu, Encik Yoav Gallant, menulis di media sosial:

“Kami akan mengejar Hezbollah di setiap tempat ia beroperasi, dan kami akan memperluaskan tekanan dan rentak serangan.”

Januari 2024: Letupan di pinggir bandar Beirut, Lebanon, membunuh Saleh al-Arouri, seorang pemimpin Hamas, bersama dua komander dari sayap bersenjata kumpulan itu, pembunuhan pertama seorang pegawai tertinggi Hamas di luar Tebing Barat dan Gaza dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


Pegawai dari Hamas, Lebanon dan Amerika Syarikat mengaitkan letupan itu kepada Israel, yang tidak mengesahkan penglibatan secara terbuka.

Hezbollah, yang menerima sokongan besar daripada Iran, meningkatkan serangannya ke atas Israel selepas kematian Encik al-Arouri.

Tentera Israel menyerang Hezbollah di Lebanon, membunuh beberapa komander kumpulan itu.

Mac 2024 - April 2024:


Serangan dron Israel mengenai sebuah kereta di selatan Lebanon, membunuh sekurang-kurangnya satu orang.

Tentera Israel berkata ia telah membunuh timbalan komander unit roket dan peluru berpandu Hezbollah. Hezbollah mengakui kematian Encik Ali Abdulhassan Naim, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Pada hari yang sama, serangan udara membunuh tentera berhampiran Aleppo, utara Syria, dalam apa yang kelihatan sebagai salah satu serangan Israel paling dahsyat di negara itu dalam beberapa tahun.

Menurut Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria, sebuah kumpulan berpangkalan di Britain yang menjejaki perang saudara Syria, serangan itu membunuh 36 askar Syria, tujuh anggota Hezbollah dan seorang warga Syria anggota pro-Iran.

Tentera Israel tidak mengaku bertanggungjawab tetapi menteri pertahanan negara itu, Encik Yoav Gallant, menulis di media sosial untuk meningkatkan serangan.

Tiga hari kemudian, serangan ke atas bangunan Kedutaan Iran di Damsyik membunuh tiga komander tertinggi Iran dan empat pegawai, serangan yang dipersalahkan Iran ke atas Israel. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >