Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakyat Kelantan mesti bangkit tuntut kemajuan: Anwar

Jul 24, 2023 | 2:27 PM
PERLU TENTUKAN MASA DEPAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa rakyat Kelantan tuntut pembangunan, tekankan perlu kerjasama erat dengan kerajaan pusat.
PERLU TENTUKAN MASA DEPAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa rakyat Kelantan tuntut pembangunan, tekankan perlu kerjasama erat dengan kerajaan pusat. - Foto BERNAMA

GUA MUSANG: Rakyat Kelantan perlu bangkit dan melakukan perubahan bagi membolehkan negeri itu terus membangun dan maju, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan Kelantan ketika ini tidak mampu membangunkan negeri itu tanpa bantuan Kerajaan Pusat.

“Akhirnya, rakyat akan tentukan. Rakyat perlu bangkit dan menuntut perubahan ini.

“Kerajaan Kelantan tidak mampu, perlu ada sokongan daripada Kerajaan Pusat. Saya memberitahu anda kebenaran, ini bukan kenyataan yang sombong.

“Begitu juga dengan Perlis. Jika kita tidak membantu memberi peruntukan, mereka tidak akan dapat membayar gaji,” katanya dalam ucapan pada program Sentuhan Kasih Desa di sini pada Ahad, lapor Bernama.

Turut hadir di acara itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Datuk Anwar berkata kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri amat penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan perpaduan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam usaha membangunkan negeri-negeri termasuk Kelantan.

“Beberapa bulan lalu, saya berjumpa (mantan menteri kewangan) Tengku Razaleigh Hamzah untuk membincangkan pemulihan ekonomi negara... beliau (Tengku Razaleigh) memberi kerjasama yang baik,” katanya.

Datuk Anwar juga menafikan dakwaan bahawa pentadbiran kerajaan perpaduan berada di bawah telunjuk Parti Tindakan Demokratik (DAP).

“Selama ini, projek untuk usahawan, penduduk kampung dan program berbilion ringgit untuk orang Melayu tidak pernah dibantah oleh DAP,” katanya. – The Star

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg