Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Myanmar kini ramai makan nasi berlauk garam

Jun 07, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Jutaan rakyat Myanmar kini terpaksa mengharungi masa sukar termasuk kesukaran membeli makanan sedang harga makanan pula meningkat naik.



Sistem ekonomi dan perbankan negara itu juga telah lumpuh sejak tentera merebut kuasa pada 1 Februari lalu.



Mata pencarian ramai orang hampir lenyap selepas berlakunya mogok dan penutupan kilang, dengan harga bahan bakar meningkat dan mereka yang bernasib baik kerana ada simpanan di bank menghadapi barisan terlalu panjang untuk mengeluarkan wang mereka.



Berada di tempat awam untuk mencari nafkah juga kini menjadi semakin bahaya dengan pihak keselamatan sering mengambil tindakan keras dan kejam terhadap bantahan orang awam yang telah membunuh lebih 800 orang.



Di negara yang pada waktu biasa mengeksport beras, kacang dan buah-buahan, jutaan orang kini akan kelaparan dalam beberapa bulan mendatang, demikian amaran pertubuhan Program Makanan Dunia (WFP).



"Kami harus beri makan anak kami agar mereka tidak kelaparan," kata Cik Aye Mar, sambil duduk di dapur rumahnya di ibu kota komersial Yangon.



Wanita berusia 33 tahun itu tidak bekerja, dan begitu juga suaminya yang terpaksa mengambil apa jua pekerjaan yang ditawarkan kepadanya - termasuk menggali tangki najis.



Penjual makanan Cik Wah Wah, 37 tahun, berkata kenaikan harga sejak rampasan kuasa itu bermakna pelanggan kini tidak lagi dapat membeli makanan sederhana sebelum ini, seperti semangkuk ikan kering.



"Saya tidak dapat menjualnya kerana pelanggan tidak mampu lagi membelinya... walaupun saya menjualnya dengan harga 500 kyat ($0.44) semangkuk," katanya kepada AFP.



"Setiap orang harus belanja wang secara berhati-hati kerana ramai tidak mempunyai pekerjaan. Kami hidup dalam ketakutan kerana kami tidak tahu apa yang akan berlaku."



Bapa tiga anak, Encik Win Naing Tun, 26 tahun, berkata mereka yang sebelum ini mampu makan daging secara tetap terpaksa bertukar kepada makan pes ikan dan sayur.



Sementara mereka yang makan diet terhad sebelum ini "sekarang hanya mampu makan nasi putih dengan garam", katanya.



Kenaikan harga benar-benar menjejas daerah terpencil, terutama di kawasan sempadan China di wilayah Kachin, dengan beras hampir 50 peratus lebih mahal, menurut WFP.



Kos membawa hasil dari ladang ke bandar juga melonjak setelah kenaikan harga bahan bakar sekitar 30 peratus sejak rampasan kuasa itu.



WFP menganggarkan dalam enam bulan mendatang, lebih 3.4 juta orang daripada 54 juta penduduknya akan kelaparan di Myanmar dan pertubuhan itu bersedia meningkatkan bantuan makanan daruratnya.



Sementara itu, satu program sumbangan makanan peringkat akar umbi terbukti mendapat permintaan tinggi di Yangon.



"Mereka gembira apabila kami berikan makanan. Ada juga yang menangis, " kata sukarelawan May, bukan nama sebenarnya, kepada AFP.



Cik Ni Aye, 51 tahun, berkata beliau dan suaminya sekarang tidak memiliki pendapatan langsung dan bergantung pada pemberian makanan.



"Kami dalam masalah... Jika keadaan ini berlanjutan, kami akan kelaparan," katanya.



Encik Aung Kyaw Moe, 47 tahun, sedang menimbangkan untuk kembali ke kampung halamannya setelah kilang Yangon tempat beliau bekerja ditutup.



Beliau tidak mempunyai wang simpanan dan berasa putus asa bagaimana untuk memberi makan sembilan anggota keluarganya.



"Semuanya di luar kawalan kami," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >