Rakyat Nepal buang undi 6 bulan selepas pemerintah digulingkan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakyat Nepal buang undi 6 bulan selepas pemerintah digulingkan

Mar 5, 2026 | 1:31 PM

Rakyat Nepal buang undi 6 bulan selepas pemerintah digulingkan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
 Seorang lelaki (kanan) membuang undi di pusat pengundian semasa pilihan raya parlimen Nepal di Kathmandu pada 5 Mac 2026.
Seorang lelaki (kanan) membuang undi di pusat pengundian semasa pilihan raya parlimen Nepal di Kathmandu pada 5 Mac 2026. - Foto: AFP

KATHMANDU: Hampir enam bulan selepas gelombang protes oleh golongan belia dan kematian 77 orang yang memaksa perdana menteri Nepal meletak jawatan, orang ramai keluar mengundi pada 5 Mac dalam pilihan raya umum bagi memilih parlimen baru.

Ini merupakan proses demokrasi pertama sejak bantahan besar-besaran oleh belia pada September tahun lalu yang menuntut penghapusan rasuah, peluang pekerjaan yang lebih banyak serta politik bersih.

Selama beberapa dekad, negara Himalaya yang terletak antara China dengan India itu dilanda ketidakstabilan politik, dengan 32 perubahan dalam pemerintah sejak 1990.

Keadaan tersebut menyebabkan ekonominya terbantut dan memaksa jutaan rakyat mencari pekerjaan di luar negara.

Sekitar 19 juta daripada 30 juta penduduk Nepal layak mengundi untuk memilih badan perundangan yang mempunyai 275 anggota dengan 165 calon dipilih secara langsung dan 110 lagi melalui sistem perwakilan berkadar.

Sekitar satu juta pengundi baru, majoritinya belia, ditambah selepas protes 2025, yang menguatkan tuntutan untuk merombak semula sistem politik Nepal dan melakukan reformasi ekonomi bagi mewujudkan pekerjaan formal dengan gaji lebih baik.

Presiden Ram Chandra Poudel atas saranan pemerintah sementara yang dibentuk selepas protes Gen Z, membubarkan Dewan Rakyat September lalu dan mengumumkan pilihan raya pada 5 Mac.

Beribu-ribu askar dikerah ke pusat pengundian bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Dalam persaingan ini terdapat penyokong lama, termasuk Kongres Nepal yang berhaluan tengah dan Parti Komunis Nepal (UML), yang mendomonasi politik negara selama beberapa dekad.

Namun, kebanyakan penganalisis berpendapat Parti Rastriya Swatantra yang berhaluan tengah berada di hadapan.

Penyanyi rap yang kini menjadi ahli politik, Encik Balendra Shah, 35 tahun, menyertai parti berusia tiga tahun itu pada Januari lalu sebagai calon perdana menteri.

Bekas Datuk Bandar Kathmandu yang muncul sebagai wajah protes pada September itu kini berdepan dengan K.P. Sharma Oli, 74 tahun, empat kali menjawat jawatan perdana menteri yang meletak jawatan selepas pembunuhan penunjuk perasaan ketika protes tersebut meletus.

Pilihan raya Nepal adalah yang kedua diadakan di rantau itu selepas Bangladesh, yang dicetuskan oleh protes diketuai Generasi Z, namun dinamiknya agak berbeza, kata pengasas badan pemikir Yayasan Demokrasi Nepal, Encik Jay Nishaant.

“Dalam mana-mana pilihan raya, tiga faktor menentukan keputusan iaitu agenda, kepimpinan dan organisasi.

“Itu antara aspek yang meletakkan Nepal berbeza daripada Bangladesh. Pemimpin pelajar di Bangladesh pada Julai 2024 mempunyai agenda jelas dan wajah yang dikenali, tetapi tidak mempunyai rangkaian akar umbi yang terbukti berkesan,” katanya.

Dalam pilihan raya umum Bangladesh pada Februari, parti utama yang digerakkan oleh belia hanya memenangi enam kerusi daripada 300 kerusi Parlimen, menunjukkan cabaran untuk menukar momentum jalanan menjadi undi.- Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg