Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Ukraine tidak rai Hari Kemerdekaan

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Rakyat Ukraine tidak dapat meraikan Hari Kemerdekaan ke-31 semalam seperti kebiasaan berikutan kebimbangan berlakunya serangan peluru berpandu oleh Russia.



Hari Kemerdekaan Ukraine tahun ini diselubungi syahdu dan rasa hiba dengan dicengkam rasa tidak menentu setelah enam bulan berlaku pencerobohan Russia pada 24 Februari lalu dan negara itu bertekad tidak akan kembali di bawah pemerintahan Moscow.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, turut memberi amaran bahawa terdapat kemungkinan provokasi Russia yang menjijikkan dan serangan kejam oleh Moscow pada hari bersejarah bagi semua rakyat Ukraine.



Oleh itu, sebarang perhimpunan awam di ibu kota Kyiv dilarang dan perintah berkurung turut dikenakan di bandar timur Kharkiv yang kerap berdepan serangan.



Encik Zelensky juga tidak mendedahkan bagaimana kerajaan akan menandakan cuti umum atas sebab keselamatan awam, tetapi menjelaskan bahawa ia akan berlaku.



Terdahulu, Ukraine meletakkan bangkai kereta kebal Russia yang terbakar dan kenderaan berperisai seperti trofi perang di tengah Kyiv sebagai tanda penentangan menjelang cuti umum.



"Kita mesti sedar bahawa provokasi Russia yang menjijikkan dan serangan kejam adalah mungkin," katanya.



Pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya mengambil serius amaran serangan udara dan mencari perlindungan apabila siren berbunyi.



"Kami berjuang menentang ancaman paling dahsyat terhadap negara kami dan juga pada masa kami telah mencapai tahap perpaduan negara yang paling hebat," kata Encik Zelensky.



Sementara itu, sekutu Ukraine, termasuk Amerika Syarikat (AS) yang merancang menghulurkan bantuan AS$3 bilion ($4.18 juta) lagi sempena Hari Kemerdekaan, turut bimbang dengan serangan Russia.



AS percaya Russia akan menyasarkan prasarana awam dan kerajaan dalam beberapa hari akan datang.



Setiausaha Negara AS, Encik Antony Blinken, dalam persidangan maya, berkata tidak ada negara sepatutnya boleh melukis semula sempadan negara lain dengan kekerasan.



"Kita mesti terus meningkatkan tekanan antarabangsa ke atas Presiden Putin dan penggeraknya sehingga hak rakyat Ukraine dan negara berdaulat mereka dihormati," katanya.



Peperangan di Ukraine telah menyebabkan beribu-ribu kematian, memaksa lebih satu pertiga daripada 41 juta penduduk Ukraine meninggalkan rumah mereka.



Pada 7 Jun lalu, seorang pegawai Ukraine berkata, sekurang-kurangnya 40,000 orang awam di Ukraine telah terbunuh atau cedera sejak perang meletus.



Di pihak tentera, dipercayai sekitar 9,000 askar Ukraine maut, lapor Reuters pada Isnin lalu.



Pada Julai lalu, pentadbiran Biden memberitahu Kongres AS bahawa sekitar 75,000 askar Russia telah terbunuh dalam konflik ini.



Selain Crimea, tentera Russia mengawal kawasan di selatan, termasuk di sepanjang Laut Hitam dan Laut Azov pantai dan sebahagian daripada wilayah Donbas timur yang terdiri daripada wilayah Luhansk dan Donetsk. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >