Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Ramai pemimpin besar parti kerajaan belum tahu tanding di mana

Oct 25, 2022 | 06:54 AM



MENJELANG hari penamaan calon ilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 5 November ini, beberapa pemimpin kanan parti kerajaan masih tidak pasti kawasan Parlimen mana yang bakal mereka tandingi.



Nama-nama seperti Naib Presiden Umno, Datuk Seri Khaled Nordin; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz; Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin; mantan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohmad; Setiausaha Agung Umno, Datuk Sri Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki, belum mempunyai kerusi untuk ditandingi atau kerusi yang ada terpaksa diserahkan kepada pemimpin tertinggi parti.



Tengku Datuk Seri Zafrul pula menyerahkan kepada pucuk pimpinan Umno untuk menentukan sama ada beliau diberi laluan bertanding bagi PRU15 atau sebaliknya.



Bahkan, kata Menteri Kewangan itu, spekulasi mengenai namanya disebut sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Selangor juga hanya boleh dijawab oleh kepimpinan Umno.



Datuk Seri Khaled yang juga Ketua Umno Pasir Gudang, Johor antara nama yang dicadangkan untuk bertanding sekali lagi di Pasir Gudang, tetapi berdasarkan keputusan pada PRU14, naib presiden Umno itu kalah teruk apabila hanya memperolehi 36,889 undi berbanding calon PKR, Encik Hassan Karim 61,615 undi iaitu majoriti, 24,726 undi.



Menurut sumber Umno, Datuk Seri Khalid ingin mencuba nasib di Parlimen Kota Tinggi yang kini disandang Menteri Perpaduan, Datuk Seri Halimah Saddique, yang mana disebut-sebut akan berpindah ke Mersing.



Cerita kehadiran Datuk Seri Khaled ke Kota Tinggi sudah lama kedengaran sejak awal tahun lagi, tetapi disambut dingin oleh pemimpin dan anggota akar umbi Umno Bahagian Kota Tinggi yang rata-rata masih mahukan khidmat Datuk Seri Halimah.



Sebagai pemimpin kanan parti Datuk Seri Khaled perlu berada di barisan depan dengan berbekalkan kedudukan sebagai Anggota Parlimen (AP) dan bagi memenuhi impian sebuah kerusi yang agak selamat iaitu kira-kira pengundinya 70 peratus Melayu diberikan kepada mantan Menteri Besar Johor itu.



Lain pula dengan kedudukan Encik Khairy yang perlu mengosongkan kerusi Rembau bagi memberi laluan kepada ketua bahagian Rembau yang juga Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan.



Berikutan keputusan itu, Encik Khairy masih tidak mempunyai kerusi untuk ditandingi dan ada ura-ura tawaran dari Umno Bahagian Alor Star, Kedah untuk bertanding di bandar itu tetapi timbul pula cerita lain kerusi itu milik rakan kompenan BN, MCA.



Malah tiga kerusi Parlimen lain di Negeri Sembilan juga disebut-sebut akan diwakili Menteri Kesihatan itu termasuk Kuala Pilah, Tampin dan Port Dickson.



Bagi Encik Khairy yang agak risau dengan kedudukannya sekarang menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kawasan untuk ditandingi, dan beliau hampir pasti dihantar bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dimenangi parti pembangkang.



Datuk Seri Hasni yang pernah menjadi 'poster boy' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Mac lepas dan dijanjikan jawatan Menteri Besar, agak kecewa apabila janji tidak dipenuhi apabila calon lain dipilih Sultan Johor menjawatan jawatan nombor satu di Johor itu.



Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, seolah-olah memberi bayangan bahawa beliau antara calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan bertanding di luar kawasan.



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benut itu berkata, jika itu adalah kehendak pucuk pimpinan parti, beliau akur dan tidak dapat mengelak perkara itu.



Bagi Datuk Seri Ahmad pula disebut-sebut berhijrah ke Tanjung Piai tetapi pasti akan berdepan dengan kemarahan MCA, iaitu penyandang kerusi tradisi tersebut.



Bagi Datuk Asyraf sebelum ini tewas di Tumpat 2008 dan Pasir Puteh, Kelantan pada 2018, disebut-sebut bertanding di kerusi selamat Umno, Gerik Perak.



Laporan lanjut : Kehadiran 'gergasi' politik tanding di Perak dialu-alu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >