Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI MALAYSIA

Ramai warga Selangor terperangkap banjir tidak diduga

Kali ini negeri pantai barat semenanjung seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan juga terjejas
Dec 20, 2021 | 05:30 AM



RATUSAN ribu penduduk Selangor terperangkap di rumah selama tiga hari apabila hujan lebat tanpa henti sejak Jumaat lalu mengakibatkan banjir besar yang disifatkan paling buruk dalam masa 50 tahun.



Banjir kilat berserta air pasang tinggi di Selat Melaka memburukkan lagi keadaan apabila paras air naik dengan cepat di banyak kawasan tanpa disedari.



Keadaan luar biasa ini sama sekali tidak diduga kerana musim tengkujuh bulan November hingga Januari lazimnya mengakibatkan banjir besar di negeri negeri pantai timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu yang berhadapan Laut China Selatan.



Negeri negeri pantai barat semenanjung seperti Selangor Melaka dan Negeri Sembilan yang menghadap Selat Melaka biasanya tidak terjejas.



Kawasan Klang dan Shah Alam di Selangor yang mempunyai ramai penduduk adalah antara paling teruk terjejas.



Di beberapa kawasan perumahan Shah Alam air naik sehingga bumbung rumah.



Banyak jalan raya utama ekspres ke ibu kota Kuala Lumpur seperti Federal Highway dan New Klang Valley Ekspressway (NKVE) terpaksa ditutup.



Akibatnya ratusan kenderaan terkandas di jalan raya dan ramai terpaksa menunggu sehingga 8 jam dalam kenderaan sebelum dapat diselamatkan.



Kerajaan negeri Selangor telah membuka lebih 40 Pusat Perlindungan Sementara (PPS) untuk menempatkan hampir 4,000 penduduk yang terjejas.



"Semua PPS ini dilengkapi dengan keperluan asas seperti pakaian, makanan, cecair sanitasi, pelitup muka dan ruang peribadi untuk keluarga, " kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari"



Usaha menyelamat dirumitkan lagi dengan kebimbangan penularan wabak Covid-19 .



Oleh kerana itu adalah penting langkah SOP tetap diamalkan walaupun dalam keadaan darurat, ujar beliau



Menurut Datuk Seri Amirudin semua mangsa banjir wajib menjalani ujian saringan Covid 19 sebelum dibenarkan masuk ke PPS untuk memastikan tempat itu tidak menjadi sumber jangkitan.



Beberapa pusat khas untuk mereka yang didapati positif telah pun disediakan untuk mengatasi sebarang masalah.



Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor jumlah hujan yang mencurah sejak 2 hari lalu melebihi 380 mm iaitu lebih seganda daripada rekod 180 mm yang pernah dicatatkan.



Ibu kota Kuala Lumpur juga teruk terjejas apabila paras air di empat batang sungai yang mengalir lalu ke pusat bandaraya iaitu Sungai Batu, Sungai Klang Sungai Gombak dan Sungai Kerayong mencecah tahap bahaya.



Ini menyebabkan beberapa jalan raya utama ke pusat bandar terpaksa ditutup. Antara yang terjejas ialah Jalan Raja Laut



Dataran Merdeka, Jalan Sultan Azlan dan Jalan Ampang.



Banyak kenderaan terkandas apabila paras air naik sehingga lutut di beberapa bahagian jalan.



Masjid Jamek Kuala Lumpur yang bersejarah terletak di persimpangan sungai Klang dan Sungai Gombak menjadi mangsa utama apabila air sungai melimpah masuk ke kawasan masjid.



Dalam satu kenyataan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengatakan sejumlah 5,731 PPS yang boleh menampung 1.6 juta mangsa banjir seluruh negara telah dikenal pasti.



Menurut beliau setakat ini lebih 220 PPS telah dibuka untuk menempatkan lebih 13 ribu orang daripada lebih 5 ribu keluarga.



Sejak petang Sabtu lalu banjir telah melanda enam buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Negeri yang paling teruk terjejas sejauh ini ialah Selangor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >