Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS rancang serang sasaran Iran di Iraq, Syria

Feb 02, 2024 | 05:04 PM



WASHINGTON: Sasaran serangan yang dirancang oleh Amerika Syarikat di Iraq dan Syria, sebagai tindak balas kepada pembunuhan tiga askarnya oleh dron di Jordan, akan melibatkan “kakitangan dan kemudahan Iran,” lapor CBS News pada 1 Februari, yang memetik pegawai Amerika.


Amerika telah menilai bahawa dron itu, yang turut mencederakan lebih 40 orang, dibuat oleh Iran, kata empat pegawai Amerika yang memberitahu agensi berita Reuters.


Sumber berkata Pengawal Revolusi elit Iran menarik pegawai kanannya keluar dari Syria.

Laporan CBS itu menyusuli beberapa hari andaian tentang bagaimana Washington akan bertindak balas, selepas tiga askar Amerika terbunuh pada 27 Januari, dalam serangan ke atas pangkalan mereka.


Kematian itu adalah kematian pertama Amerika, dalam peningkatan keganasan di seluruh Timur Tengah sejak perang Israel di Gaza bermula pada Oktober.

Walaupun pertempuran semakin sengit minggu ini, usaha diplomatik untuk mencapai gencatan senjata di wilayah Palestin, telah dipercepatkan.

Pengantara Qatar dan Mesir, membentangkan kepada Hamas, kumpulan yang mengendalikan Gaza, dengan cadangan konkrit pertama, untuk menghentikan pertempuran yang berpanjangan itu, seperti yang dipersetujui Israel dan Amerika, pada rundingan di Paris minggu lalu.

Seorang pegawai Palestin yang rapat dengan rundingan memberitahu Reuters bahawa teks itu membayangkan fasa pertama selama 40 hari, di mana pertempuran akan dihentikan.


Sementara Hamas akan membebaskan lebih 100 tebusan yang masih ditahannya. Fasa selanjutnya akan menyaksikan penyerahan tentera Israel dan mayat tebusan yang mati.

Penghentian perang yang begitu lama, akan menjadi yang pertama sejak 7 Oktober, apabila Hamas menyerang Israel, membunuh 1,200 orang dan menangkap 253 tebusan.

Kejadian itu mencetuskan tindak balas Israel yang telah memusnahkan sebahagian besar Gaza.

Pegawai kesihatan di enklaf itu berkata pada 1 Februari, jumlah kematian Palestin yang disahkan telah meningkat melebihi 27,000, dengan ribuan lagi yang terkorban dipercayai tertimbus di bawah runtuhan.

Seorang pegawai Palestin berkata Hamas tidak mungkin menolak cadangan itu secara terang-terangan, tetapi akan menuntut jaminan bahawa pertempuran tidak akan diteruskan, sesuatu yang tidak dipersetujui Israel.

Ucapan yang terdengar positif oleh jurucakap Qatar di Universiti Johns Hopkins di Washington secara ringkas mencetuskan sedikit kegembiraan di Gaza – dan disusuli turunnya harga minyak mentah.

Tetapi seorang pegawai Qatar di Doha memberitahu Reuters, belum ada perjanjian gencatan senjata lagi, dan Hamas telah “menerima cadangan itu secara positif” tetapi masih belum memberi jawapan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >