Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan bantah sekatan Covid-19 di Universiti Tsinghua Beijing

Nov 27, 2022 | 06:04 PM



BEIJING: Ratusan pelajar dari Universiti Tsinghua di Beijing mengambil bahagian dalam bantahan terhadap sekatan Covid-19 semalam, (27 Nov) lapor AFP.


Bantahan di universiti itu berlaku berikutan demonstrasi semalaman di Universiti Peking yang berdekatan, dan video telah tersebar di media sosial mengenai perhimpunan serupa di bandar raya China yang lain.


Seorang pelajar Universiti Tsinghua memberitahu AFP:

“Pada 11:30 pagi pelajar mula memegang papan tanda di pintu masuk kantin, kemudian semakin ramai orang menyertainya. Kini terdapat 200 hingga 300 orang.”


Saksi itu berkata seorang pelajar perempuan mengangkat sehelai kertas kosong – satu tindakan yang telah menjadi simbolik bantahan terhadap penapisan – dan disertai oleh wanita lain yang melakukan perkara sama.


“Kami menyanyikan lagu kebangsaan dan Internationale, dan melaungkan ‘kebebasan akan diutamakan’, ‘tiada ujian asid nukleik, kami mahu makanan’, ‘tidak untuk penutupan, kami mahu kebebasan’,” kata mereka.


Mereka juga berkongsi gambar dengan AFP yang menunjukkan sekumpulan orang berkumpul di halaman luar kantin Zijingyuan di Universiti Tsinghua, dengan beberapa orang memegang helaian kertas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >