Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Ratusan hospital dan pusat perubatan musnah

Bekalan ubat terjejas dan pembedahan tergendala ekoran serangan Russia
May 07, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Serangan Russia ke atas Ukraine telah memusnahkan ratusan hospital dan pusat perubatan menyebabkan bekalan ubat terjejas hinggakan para doktor kehabisan ubat-ubat untuk menangani rawatan barah dan tidak dapat menjalankan pembedahan, kata presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky.



Encik Zelensky, dalam ucapan video kepada satu kumpulan amal perubatan, berkata banyak tempat kini kekurangan antibiotik asas khususnya di kawasan timur dan selatan Ukraine, kawasan tumpuan pertempuran.



"Jika anda timbangkan infrastruktur perubatan sahaja, setakat hari ini tentera Russia telah memusnahkan atau merosakkan hampir 400 institut jagaan kesihatan: hospital, wad bersalin, klinik pesakit luar," katanya kepada perhimpunan itu.



Di kawasan yang diduduki tentera Russia, katanya, keadaan adalah lebih buruk lagi.



"Ini menyebabkan kekurangan ubat buat pesakit barah. Ini bermakna kesukaran amat sangat atau kekurangan insulin bagi diabetes.



"Ia adalah mustahil untuk menjalankan pembedahan. Ini bermakna, secara ringkasnya, kekurangan antibiotik."



Kremlin menyatakan ia hanya menyasarkan tapak tentera atau strategik.



Dalam salah satu tindakan perang paling banyak dikecam, sebuah hospital bersalin telah musnah pada 9 Mac akibat dibedil Russia di bandar Mariupol.



Russia mendakwa gambar serangan itu direka selain berkata tapak itu telah digunakan kumpulan bersenjata Ukraine.



Sementara itu, ratusan rakyat Ukraine masih terperangkap di loji keluli Mariupol yang telah digegarkan letupan sedang tentera Russia terus menggempur untuk mengawal kubu terakhir Ukraine di bandar yang telah musnah teruk, sedang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berusaha memindahkan lebih ramai orang awam di loji itu.



Encik Zelensky berkata lebih ramai orang awam telah diselamatkan dari Mariupol, namun Russia masih membedil loji keluli Azovstal itu di mana dianggarkan 200 orang awam masih berada di kubu bawah tanah dengan sedikit makanan atau air.



Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata pihaknya bersedia menyediakan laluan selamat kepada orang awam, namun mengulangi gesaan agar tentera Ukraine di dalam loji itu melucutkan senjata.



Pejuang Ukraine telah melaporkan pertempuran sengit dengan tentera Russia di kawasan sekitar loji tersebut.



Encik Putin mengisytiharkan kemenangan ke atas Mariupol pada 21 April lalu dan mengarahkan tenteranya untuk menutup loji era Soviet itu dan tidak memasuki rangkaian terowong bawah tanahnya.



Kremlin menafikan dakwaan Ukraine tentera Russia menyerbu loji itu sejak beberapa hari lalu.



Rakaman dari udara loji itu, yang dikeluarkan Rejimen Azov Ukraine, menunjukkan tiga letupan melanda bahagian berlainan kompleks yang luas itu, yang diselubungi asap tebal dan gelap.



Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, memberitahu Majlis Keselamatan bahawa operasi ketiga sedang dijalankan untuk memindahkan orang awam dari Mariupol dan Azovstal.



Dalam usaha bersama Palang Merah, PBB telah membantu hampir 500 orang awam meninggalkan kawasan itu sejak seminggu lalu.



"Kita mesti terus melakukan semua yang kita mampu untuk mengeluarkan orang ramai daripada 'neraka' ini," kata Encik Guterres. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >