Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan jenazah ditemukan dalam kubur besar di Gaza

May 02, 2024 | 05:30 AM



NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan kepentingan memelihara bukti kubur besar di Jaluran Gaza, dengan menyatakan bahawa tidak jelas bila siasatan yang diminta akan dilakukan.


Ditanya mengenai bukti yang menunjukkan beberapa mangsa ditanam hidup-hidup dalam kubur besar di Hospital Nasser di Khan Younis di selatan Gaza, dan apa yang perlu dilakukan dengan bukti sedemikian, jurucakap PBB, Encik Stephane Dujarric, memberitahu sidang media adalah “penting untuk semua bukti forensik dalam keadaan baik, terpelihara”.

Memetik gesaan PBB agar siasatan antarabangsa ke atas kubur besar itu, Encik Dujarric berkata, “bagaimana ia akan berlaku, ia tidak jelas pada masa ini”.

“Beberapa unit undang-undang PBB mempunyai kuasa untuk memulakan siasatan tetapi itu masih belum berlaku,” tambahnya.

Beliau menyatakan pendirian PBB setelah pihak berkuasa Palestin menamatkan pencarian berikutan penemuan 392 mayat.

Ia termasuk beberapa yang masih memakai pakaian pembedahan di sebuah kubur besar berhampiran sebuah hospital yang terletak di Selatan Gaza.

Seorang pegawai Pertahanan Awam Palestin di Gaza, Encik Mohammed Al Mighayyer, berkata 165 mayat telah dikenal pasti di Hospital Nasser di Khan Younis, selepas pengunduran tentera Israel dari kawasan itu awal April.

Menurutnya, baki 227 mayat masih diperiksa bagi menentukan identiti mereka.

“Kami menemukan tiga kubur besar, pertama di hadapan bilik mayat, kedua di belakang bilik mayat dan ketiga di utara bangunan rawatan dialisis,” katanya.

Jurucakap pihak berkuasa pertahanan awam Gaza, Encik Mahmud Bassal, mendakwa kebanyakan mangsa yang maut mempunyai kesan penderaan dan seksaan.

“Semua mangsa korban dikebumikan di pekarangan Hospital Nasser. Kita sedang menunggu semua mangsa untuk dikebumikan sebelum dapat memberikan jumlah sebenar.

“Ada mayat yang tidak mempunyai pakaian dan menunjukkan (mereka) menghadapi penyeksaan dan penderaan,” katanya.

Encik Ismail al-Thawabteh dari pejabat media pentadbiran Gaza berkata 700 orang hilang sejak tentera Israel berundur dari bandar itu.

“Kami percaya terdapat beratus-ratus jasad masih hilang selepas dibunuh tentera Israel dan ditanam dalam satu kubur besar,” katanya kepada agensi berita, Anadolu.


Tinjauan AFP sendiri melihat pasukan pertahanan awam menggali kubur untuk menempatkan semua mangsa korban, sambil ditemani tangisan ahli keluarga mereka.


Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu mengancam akan adanya tindakan dalam tempoh terdekat selain berulang kali mengatakan Israel akan melancarkan serangan darat ke Rafah.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF), berkata dakwaan itu adalah palsu dan kubur di pekarangan Hospital Nasser sudah digali oleh penduduk Palestin di Gaza beberapa bulan lalu.

Pertahanan Awam Gaza mengakui sekitar 100 mayat dikebumikan di kubur di Hospital Nasser sebelum operasi IDF di sana.

Encik Al Mighayyer berkata pihaknya mendapati terdapat mayat kanak-kanak di kubur besar di Hospital Nasser, yang membuktikan jenayah pembunuhan beramai-ramai telah berlaku di sana.

Katanya, mereka mengesyaki sekurang-kurangnya 20 orang awam ditimbus hidup-hidup di pekarangan terbabit.

Encik Al Mighayyer turut mendakwa terdapat pelaksanaan hukuman mati terhadap pesakit yang menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Beberapa mayat ditemui dengan kesan tembakan di kepala dan kecederaan di badan,” dakwanya.

Bagaimanapun, dakwaan dan punca kematian masih belum dapat disahkan dan tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian mereka.

“Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan,” kata timbalan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Encik Vedant Patel.

Beliau berkata demikian berikutan pihak berkuasa Palestin melaporkan tentang penemuan ratusan mayat di dalam kubur besar di Hospital Nasser selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.

“Kami telah melihat laporan itu dan ia amat membimbangkan.

“Kami sedang menyiasat perkara ini dengan Israel,” katanya.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Encik Volker Turk, dalam pada itu mengakui turut gerun dengan laporan kubur besar-besaran di hospital Gaza.

Lebih 34,000 warga Palestin maut dan 77,000 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023, selain kemusnahan berskala besar dan kekurangan barangan keperluan asas.

Menurut PBB, serangan Israel telah mengakibatkan 85 peratus rakyat Gaza hilang tempat tinggal selain daripada kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang akut, sementara 60 peratus daripada prasaran rosak atau musnah.

Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Satu perintah sementara pada Januari memerintahkan Tel Aviv agar menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan disampaikan kepada orang awam di Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >