Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel gempur semula timur Khan Younis

Apr 23, 2024 | 02:56 PM



KHAN YOUNIS (Gaza): Tentera Israel menggempur semula bahagian timur Khan Younis, kata penduduk pada 22 April, menyebabkan warga Palestin yang telah pulang ke rumah mereka yang telah runtuh di bandar utama Jaluran Gaza, melarikan diri sekali lagi.


Di tempat lain di Khan Younis, lebih banyak mayat ditemui yang dikatakan pihak berkuasa Palestin sebagai kubur besar di tapak hospital utama bandar itu yang telah ditinggalkan tentera Israel.

Lebih jauh ke selatan pula, berlaku serangan udara Israel di Rafah, tempat perlindungan terakhir lebih separuh daripada 2.3 juta rakyat Palestin.

Israel secara tiba-tiba menarik sebahagian besar tentera daratnya keluar dari selatan Gaza bulan April selepas beberapa pertempuran paling sengit dalam perang masuk bulan ketujuh itu.

Ekoran tindakan itu, para penduduk berpusu-pusu pulang ke kawasan kejiranan yang sebelum ini tidak boleh diakses, tetapi mendapati rumah mereka musnah dan mayat bergelimpangan di jalanan.

“Pagi ini ramai keluarga yang meninggalkan tempat ini dua minggu lalu kembali pulang ke Abassan tetapi mereka terlalu takut,” kata Encik Ahmed Rezik, 42 tahun, yang berlindung di sebuah sekolah di timur Khan Younis.

“Keluarga-keluarga itu berkata kereta kebal masuk dan membedil kawasan timur bandar dan ini menyebabkan mereka terpaksa lari menyelamatkan diri,” katanya.

Perang meletus selepas Hamas menyerang secara mengejut selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan menawan lebih 240 tebusan.

Serangan balas Israel sehingga kini telah membunuh lebih 34,000 orang.

Di kawasan Hospital Nasser, para pekerja kecemasan dilihat menggali mayat keluar dari timbunan tanah. Perkhidmatan kecemasan berkata 73 lagi mayat telah ditemui di tapak itu pada beberapa hari lalu, menjadikan jumlah mayat yang ditemui sepanjang minggu kepada 283.

Pihak berkuasa Gaza berkata mayat yang ditemui adalah daripada salah satu daripada tiga kubur besar yang mereka temui sejauh ini.

“Kami jangka menemui 200 lagi mayat di kubur besar yang sama dalam dua hari akan datang sebelum kami mula membongkar dua lagi tanah perkuburan lain,” kata Encik Ismail Al-Thawabta, pengarah pejabat media yang dikendalikan Hamas.

Beliau berkata Israel melakukan pembunuhan di hospital itu dan menutup jenayah mereka dengan mengebumikan mayat dengan jentolak. Israel menafikan sekeras-kerasnya melakukan perbuatan tersebut. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >