LONDON: Britain perlu 'bertindak segera' dan memaklumkan Brussels mengenai hasratnya untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) bagi mengelak ketidaktentuan berpanjangan, kata seorang pesuruhjaya atasan Eropah semalam.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Ekonomi EU, Encik Pierre Moscovici, memaklumkan media Perancis bahawa Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, perlu memaklumkan hasrat keluar daripada EU dan bertindak dengan segera.