Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Reaksi pemimpin dunia susuli hospital Gaza dibom

Oct 18, 2023 | 03:50 PM



PARIS: Serangan ke atas pekarangan hospital di Gaza yang menurut pegawai kesihatan di sana membunuh beratus-ratus orang telah mencetuskan kemarahan dan kecaman dari seluruh dunia.


Negara-negara berkenaan menyifatkan kejadian itu sebagai jenayah kejam, serta mencabul undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, melahirkan rasa marah dan sedih dengan pengeboman ke atas Hospital Al-Ahli Al-Arabi di utara Semenanjung Gaza, pada Selasa.

Dalam kenyataan pada Rabu, Encik Biden berkata beliau menghubungi Raja Jordan, Raja Abdullah, dan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, sejurus mendapat berita pengeboman hospital berkenaan.

“Saya sangat marah dan sedih dengan kejadian pengeboman di Hospital Al-Ahli Al-Arabi di Gaza dan kehilangan nyawa yang sangat dahsyat.

“Saya telah mengarahkan pasukan keselamatan negara untuk terus mengumpul maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku,” katanya menerusi ciapan di X (sebelum ini Twitter).

Jurucakap bagi pemimpin Pihak Berkuasa Palestin, Encik Mahmoud Abbas, mengecam serangan udara itu sebagai tindakan “pembunuhan beramai-ramai” dan “malapetaka kemanusiaan”.

Arab Saudi, Qatar, Oman, Mesir, Algeria, Lebanon dan Libya dalam kenyataan rasmi mengutuk serangan itu yang telah meragut ratusan nyawa, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di Gaza.


Arab Saudi menyeru masyarakat antarabangsa berhenti berurusan dengan pihak yang berpendirian dwistandard.

Qatar menyifatkan pengeboman hospital itu sebagai “pembunuhan kejam beramai-ramai dan jenayah tidak berperikemanusiaan terhadap orang awam yang tidak berdaya”.

Perdana Menteri Jordan, Encik Bisher Khasawneh, mengumumkan bahawa negaranya akan berkabung selama tiga hari sebagai menghormati mangsa yang terkorban.

Ketua Kesatuan Afrika, Encik Moussa Faki Mahamat, menuduh Israel melakukan “jenayah perang” berikutan serangan maut itu.

Ketua Kesatuan Eropah (EU), Encik Charles Michel, berkata bahawa menyasarkan prasarana awam di Gaza melanggar undang-undang antarabangsa.

Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, berkata: “Tiada apa yang boleh mewajarkan sasaran terhadap orang awam” dan “akses bantuan kemanusiaan ke Jaluran Gaza perlu disegerakan”.

Perancis mengecam serangan ke atas hospital di Gaza itu yang menyebabkan begitu ramai mangsa terkorban, tegasnya.

Pergerakan Hezbollah yang disokong Iran di Lebanon menggesa diadakan “hari kemarahan” untuk mengutuk serangan ke atas hospital tersebut. Mereka juga menyalahkan Israel atas apa yang dipanggil “pembunuhan beramai-ramai”.

Namun, tentera Israel menyalahkan roket yang disalah tembak oleh Jihad Islam, satu lagi kumpulan militan yang berpangkalan di Gaza.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan cuba menyerbu pekarangan kedutaan Israel di Amman tetapi dipatahkan oleh pihak keselamatan.

Di Tunisia, beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan Perancis di Tunisia. Mereka melaungkan kata-kata “Perancis dan Amerika adalah sekutu Zionis”.

Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, dalam mesej di media sosial mengutuk kejadian itu sebagai “contoh terbaru serangan Israel yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan paling asas”.

“Saya menyeru supaya tindakan diambil bagi menghentikan kekejaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Gaza,” kata beliau.

Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Volker Turk, berkata kejadian letupan di hospital itu sama sekali tidak boleh diterima dan pelakunya mesti tampil bertanggungjawab.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula mengecam serangan maut itu dan menuntut perlindungan segera orang awam dan penjagaan kesihatan di Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >