Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rekod 13.5j jemaah tunai umrah pada 2023

Jan 18, 2024 | 11:25 AM
KIAN BERTAMBAH: Jemaah umrah berebut untuk mencium al-Hajr al-Aswad semasa menunaikan umrah di Masjidil Haram, Makkah Arab Saudi pada 18 Disember 2023.
KIAN BERTAMBAH: Jemaah umrah berebut untuk mencium al-Hajr al-Aswad semasa menunaikan umrah di Masjidil Haram, Makkah Arab Saudi pada 18 Disember 2023. - Foto REUTERS

JEDDAH: Pada tahun 2023, Arab Saudi mengalu-alukan lebih 13.5 juta jemaah umrah ke kota suci Makkah –peningkatan sebanyak 58 peratus – iaitu lima juta lebih pengunjung berbanding tahun 2022.

Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah, mengumumkan jumlah paling tinggi jemaah yang berkunjung ke Makkah sepanjang tahun 2023 semasa Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah tahunan ke-3 di Jeddah.

“Sebelum ini, jumlah terbesar jemaah umrah dari luar Arab Saudi adalah pada 2019, dianggarkan 8.55 juta.

“Pada 2023, jumlah itu melonjak kepada 13.55 juta, berkat kemudahan dan pengaturan terperinci yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi. Angka ini adalah yang terbesar dalam sejarah jemaah umrah luar negara,” katanya, dipetik akhbar Middle East Monitor.

“Lebih 35 syarikat akan menyediakan perkhidmatan mereka semasa haji tahun ini, berbanding 20 syarikat tahun lepas,” ujarnya.

Sebelum ini, jumlah terbesar jemaah umrah dari luar Arab Saudi adalah 8.55 juta orang pada 2019.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan Arab Saudi telah melabur lebih 5 bilion riyal ($1.3 bilion) dalam membangunkan dan menambah baik infrastruktur di tapak suci.

Pada majlis itu, Naib Menteri Ehwal Luar, Encik Waleed El-Khereiji, mendedahkan pelancaran visa elektronik, atau e-visa, bulan Disember untuk jemaah umrah, membolehkan permit masuk tanpa perlu melawat kedutaan secara fizikal.

Arab Saudi juga telah memperkenalkan visa persinggahan 96 jam, tersedia untuk pelancong antarabangsa yang melalui Arab Saudi dengan pesawat syarikat penerbangan nasional Saudia atau Flynas. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg