Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Remaja Bangladesh ditemui dalam kontena di Pelabuhan Klang dihantar pulang

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



SEPANG (Selangor): Kerajaan Malaysia telah menghantar pulang remaja lelaki warga Bangladesh yang ditemui dalam kontena yang baru tiba di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang, pada 17 Januari lalu.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan juga memberi pertimbangan bahawa remaja itu perlu diberikan perlindungan sewajarnya.



"Kepentingan menjaga nyawa menjadi keutamaan kerana satu keajaiban bagi remaja itu selamat selepas tinggal berhari-hari di dalam kontena dari negaranya.



"Siasatan juga mendapati beliau tidak terbabit dengan sebarang aktiviti penyeludupan manusia dan sebagai menteri saya mempunyai kuasa meminda akta Seksyen 55 Akta Imigresen 1959 (Akta 115) bagi kes remaja terbabit.



"Seksyen ini memberi kuasa kepada menteri untuk membuat pengecualian yang lazimnya jika terdapat warga asing masuk ke negara ini tanpa dokumen pengenalan diri akan ditempatkan di depoh Imigresen," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada Selasa.



Remaja bernama MD Ratul Islam Fahim, 16 tahun, itu berlepas ke Dhaka dari KLIA pada 7.45 malam Selasa ditemani wakil kedutaan Bangladesh di Malaysia untuk diserahkan semula kepada keluarganya.



Pada 19 Januari lalu, media melaporkan seorang remaja dijumpai berada dalam sebuah kontena dilaporkan berlepas dari sebuah pelabuhan di Bangladesh pada 13 Januari.



Datuk Saifuddin berkata, pihaknya mengambil pertimbangan kemanusiaan bagi menyelamatkan nyawa remaja itu dengan menghantarnya terus ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di Klang, Selangor, dan selepas sembuh diletakkan di bawah jagaan Yayasan Chow Kit di bawah kelolaan Datuk Dr Hartini Zainuddin bermula 26 Januari lalu bagi menyediakan dokumen perjalanan pulang.



Katanya, dalam tempoh itu beliau juga mengadakan lawatan kerja ke Bangladesh bagi membincangkan soal tenaga kerja dengan kepimpinan di sana dan sempat bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Bangladesh dan memaklumkan akan menghantar pulang remaja terbabit. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >