Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja Indonesia hidap palsi serebrum, sentiasa beriadah sama ayah

Oct 4, 2023 | 8:01 PM
TAMATKAN LARIAN: Encik Wira Sudepja Rabu menggendong anaknya, Nur Wadihan Wira Sudepja, ke garisan penamat bagi kategori larian 21 kilometer Maraton Standard Chartered di Kuala Lumpur pada Ahad.
TAMATKAN LARIAN: Encik Wira Sudepja Rabu menggendong anaknya, Nur Wadihan Wira Sudepja, ke garisan penamat bagi kategori larian 21 kilometer Maraton Standard Chartered di Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto TIKTOK/WIRADIHAN

KUALA LUMPUR: Meskipun menghidap palsi serebrum dan mempunyai pergerakan terhad, ia tidak menghalang Nur Wadihan Wira Sudepja untuk terlibat sama dalam acara larian Maraton Standard Chartered 2023 pada Ahad lalu.

Gadis berusia 15 tahun itu baru-baru ini menamatkan acara tersebut sambil disorong ayahnya, Encik Wira Sudepja Rabu, dalam kategori larian 21 kilometer.

Dalam satu video yang dimuat naik di Tiktok oleh Encik Wira pada Selasa (3/10) dan tular di media sosial, bapa berusia 48 tahun itu dilihat berlari dan menolak kereta sorong yang disesuaikan untuk anak keduanya itu semasa sebahagian besar larian.

Video itu turut memaparkan Encik Wira menggendong Nur Wadihan bagi jarak beberapa meter terakhir sebelum menamatkan acara tersebut dengan catatan masa tiga jam 49.59 minit.

Sambil menggendong anaknya itu, Encik Wira menyatakan: “Untuk mencipta momen (detik) istimewa bersama, demi meraikan hari jadi Dihan (nama gelaran Wadihan) yang ke-15 tahun.

“Duhai anak, hidup ini bukan sekadar bertahan hidup, hidup anak syurga sepertimu (adalah) luar biasa.”

Video itu tular dalam kalangan warganet dan telah meraih hampir 800,000 tontonan.

Ini bukanlah kali pertama pasangan bapa dan anak itu menyertai aktiviti sukan secara bersama.

Menurut media tempatan, mereka telah menyertai lebih 200 acara larian dan berbasikal yang membenarkan penglibatan bersama anaknya.

Encik Wira berkata beliau juga telah membawa anak bongsu dua beradik itu ke tujuh bukit di Malaysia yang menyediakan laluan berbasikal.

Beliau menjelaskan dalam satu wawancara bersama akhbar tempatan bahawa beliau dapat lihat keadaan Nur Wadihan bertambah lebih ceria.

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg