Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja jatuh sungai dan hilang selepas panjat jambatan untuk bergambar

Jul 8, 2023 | 10:43 PM
MASIH BELUM DITEMUI: Jambatan Gantung Kampung Damat-Kampung Lakang di mana remaja berkenaan dilapor terjatuh ke sungai dan hilang.
MASIH BELUM DITEMUI: Jambatan Gantung Kampung Damat-Kampung Lakang di mana remaja berkenaan dilapor terjatuh ke sungai dan hilang. - Foto POLIS SABAH

TUARAN: Seorang remaja berusia 13 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke Sungai Tuaran di Kampung Telibong, dekat Tamparuli di Sabah pada Sabtu.

Kejadian berlaku apabila mangsa, Mohd Hisham Iskandar Azli, dipercayai tergelincir ketika menyeberangi Jambatan Gantung Kampung Damat-Kampung Lakang bersama lima rakannya kira-kira 2.30 petang.

Berdasarkan maklumat penduduk sekitar, mangsa dikatakan memanjat dinding jambatan gantung untuk bergambar sebelum tergelincir dan terjatuh ke sungai.

Rakan mangsa kemudiannya bergegas meminta bantuan penduduk kampung dengan mangsa kali terakhir dilihat sejauh 100 meter sebelum tenggelam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, sembilan anggota termasuk unit anjing pengesan (K9) bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.

“Sebaik tiba, anggota menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pinggir sungai dengan bantuan penduduk kampung berhampiran menggunakan bot.”

“Bagaimanapun, mangsa yang memakai baju berwarna kuning dan seluar hitam belum ditemui di sekitar radius pencarian sejauh dua kilometer sehingga kini,” katanya.

Operasi yang turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Tuaran bagaimanapun ditangguhkan jam 6.50 petang tadi dan dijangka disambung pada Ahad pagi. - BERITA HARIAN MALAYSIA (BHM)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg