Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN GEMPA DI TURKEY DAN SYRIA

Remaja jaya diselamat meski selepas 80 jam

Feb 11, 2023 | 05:30 AM



ANTAKYA (Turkey): Tempoh 72 jam pertama yang sangat genting dalam mencari dan menyelamatkan mangsa yang masih hidup telah berlalu.



Namun bak kata pepatah, berpantang maut sebelum ajal, begitulah keadaannya apabila anggota penyelamat berjaya menarik keluar seorang remaja, Melda Adtas, 16 tahun, lebih 80 jam kemudian.



Melda ditarik keluar hidup-hidup, menyebabkan bapanya menangis gembira dan negara yang berduka, bersorak suka - sesuatu yang jarang berlaku selepas gegaran 7.8 magnitud melanda Turkey Isnin lalu.



"Sayangku, sayangku!" jeritnya sebaik saja penyelamat menarik keluar remaja itu dari runtuhan dan orang ramai yang menyaksikannya bertepuk tangan.



Bagi Melda dan yang lain di Antakya, sebuah bandar di wilayah paling teruk terjejas, Hatay, kesejukan yang menggigit memburukkan lagi keadaan yang kini sunyi.



Harapan meningkat selepas penyelamat menemui tiga orang masih hidup di bangunan sama, hanya setingkat di atas Melda.



Apabila bapanya yang panik pergi mencari bersama kumpulan itu, mereka bertekad untuk menemukan gadis yang hilang itu.



Apabila penyelamat menemui Melda, dia ditemui tersepit di bawah tembok yang runtuh.



Lelaki yang mengetuai usaha menyelamat itu bernama 'Suleyman', salah seorang daripada kumpulan pelombong Laut Hitam yang menuju ke selatan untuk membantu.



Tanpa beliau, kata rakan sekerjanya, operasi itu tidak mungkin dijalankan. Dia tahu jalan mengelilingi ruang yang gelap dan sempit.



Bekerja dalam diam untuk mengekalkan hubungan dengan Melda, para penyelamat mengalihkan satu demi satu halangan, ketika orang ramai memerhati dengan cemas.



Kemudian, secara tiba-tiba, mereka mencapai gadis muda yang sejuk, lebam, tetapi masih hidup itu, dan perlahan-lahan membawanya ke ambulans yang menunggu.



Pekerja penyelamat mengambil masa lima jam untuk menyelamatkan nyawanya.



Setelah Melda selamat dimasukkan ke dalam ambulans, ramai yang memeluk, mencium dan mengucapkan tahniah kepada penyelamat.



Beberapa orang tidak dapat menahan air mata.



"Kami tidak bekerja untuk apa-apa, kami telah menarik seorang gadis dari runtuhan," kata seorang anggota penyelamat.



"Hari apa sekarang?" seorang lagi bertanya, keletihan dan bingung dengan perlumbaan mengejar masa yang sungguh melelahkan.



"Tuhan memberkati kamu semua!" jerit ayahnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >