Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Republikan tawan Dewan Perwakilan AS

Golongan konservatif kembali berkuasa, sukarkan usaha Biden lancar siasatan libatkan ahli Republikan
Nov 18, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON DC: Parti Republikan berjaya menguasai pemilihan tengah penggal Dewan Perwakilan Amerika Syarikat semalam, sekali gus mengembalikan kuasa kepada golongan konservatif.



Kemenangan tipis itu juga membantutkan hasrat Presiden Joe Biden melancarkan beberapa siasatan, terutamanya yang membabitkan tindakan anggota Republikan.



Namun, perbezaan tipis undi mungkin menyukarkan keupayaan anggota Republikan menguruskan Dewan Perwakilan dengan lancar.



Selepas lebih seminggu pemilihan pertengahan penggal pada 8 November, Republikan berjaya meraih 218 kerusi untuk mencatat kemenangan dengan majoriti mudah di Dewan Perwakilan.



Keputusan muktamad mungkin tidak jelas sehingga kiraan undi selesai dalam tempoh beberapa hari lagi, namun Demokrat dijangka hanya meraih sekurang-kurangnya 210 kerusi tetapi tidak lebih 217 kerusi.



Secara keseluruhan, Dewan Perwakilan merangkumi 435 kerusi, manakala Senat 100 kerusi, yang majoritinya dimenangi Demokrat.



Namun, kemenangan Dewan Perwakilan sudah pasti di tangan Republikan walau ia kemenangan paling tipis pada abad ini, berbanding majoriti sembilan kerusi bagi Republikan pada 2001.



Bagaimanapun, kemenangan Republikan ini sudah tentu memberikan kelebihan ketika populariti Encik Biden semakin berkurangan.



Dengan perkembangan itu, ketua Republikan di Rumah Perwakilan, Encik Kevin McCarthy, dijangka dilantik sebagai Speaker, malah Encik Biden sudah mengucapkan tahniah kepada beliau.



Ramai dalam kalangan anggota Republikan sendiri menuduh mantan presiden, Encik Donald Trump, sebagai punca parti itu hanya mendapat kemenangan tipis kali.



Ini kerana Encik Trump, yang mengumumkan pencalonan untuk pemilihan presiden Amerika pada 2024, masih mempertikaikan keputusan pemilihan presiden pada 2020 dan sering memperkecilkan tindakan penyokongnya menyerbu bangunan Capitol di Washington DC.



Bagaimanapun, kemenangan Republikan membolehkan mereka menguasai jawatankuasa utama, memberikan kuasa menggubal undang-undang penting.



Malah, Republikan juga boleh melancarkan siasatan terhadap Encik Biden dan keluarganya, terutama pembabitan anak sulung Encik Biden, Encik Hunter Biden, dalam perniagaan di luar luar negara terutama jualan senjata.



Dalam pada itu, kedudukan Cik Nancy Pelosi sebagai Speaker di Dewan Perwakilan dijangka berakhir susulan kekalahan tipis Parti Demokrat, dengan beliau berdepan tekanan agar membolehkan generasi baru mengambil alih tampuk kepimpinan parti.



Cik Pelosi, 82 tahun, merupakan pemimpin Dewan dari Demokrat untuk hampir dua dekad dan merupakan satu-satunya wanita dipilih sebagai speaker, berkhidmat dalam dua tempoh, di bawah empat presiden.



Meskipun diakui kebolehannya dalam usaha pengumpulan dana dan kawalan ketatnya terhadap kokus - lingkungan dalam sesebuah parti atau pertubuhan - kedudukan Cik Pelosi bagaimanapun sebenarnya telah dicabar sebelum pilihan raya pertengahan penggal lagi dengan golongan tengah dan pendukung kemajuan kelihatannya mendesak perubahan.



Cik Pelosi tidak mendedahkan perancangan masa depannya - termasuk sama ada beliau akan terus berkhidmat untuk penggal ke-19 mewakili daerah San Francisco.



Pada Ahad lalu, Cik Pelosi enggan menyatakan sama ada beliau akan bertanding sebagai pemimpin kokus sekali lagi dalam pemilihan dalam parti yang akan diadakan secara tertutup bulan ini.



"Hakikatnya, apa jua keputusan untuk bertanding menyentuh keluarga dan rakan-rakan dalam parti.



"Apa yang kita mahukan adalah untuk bergerak ke depan dengan cara yang lebih sepadu," katanya dalam rancangan televisyen State of the Union yang disiarkan di saluran CNN. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >