RESPONS keras pemerintah China terhadap bantahan pelajar di Dataran Tiananmen pada 1989 mencetuskan kutukan kuat daripada Washington, dengan Kongres dan media Amerika Syarikat menggesa pentadbiran Presiden Republikan George H.W. Bush ketika itu supaya menghukum rejim China, termasuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara itu dan mungkin juga menggantung hubungan diplomatik Amerika dengan Beijing.
Tetapi walaupun Presiden Bush I mengkritik tindakan kepemimpinan China dan menghentikan penghantaran senjata dan kunjungan rasmi ke China buat sementara waktu, beliau menolak tekanan Kongres dan media agar menghukum dan mengasingkan China.