Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan banjiri pelabuhan Sudan untuk larikan diri

May 02, 2023 | 03:46 PM



PORT SUDAN: Ribuan orang membanjiri bandar pelabuhan di timur Sudan beberapa hari kebelakangan ini, melarikan diri daripada keganasan yang berlaku di ibu kota negara itu, dan cuba menaiki kapal-kapal dari Laut Merah untuk menuju ke Arab Saudi.


Bandar pesisiran Port Sudan – pelabuhan terbesar di negara itu – telah berubah menjadi hab bagi mereka yang hilang tempat kediaman gara-gara perang saudara yang sedang melanda negara itu.


Mereka menggunakan kain dan kerusi untuk mendirikan khemah sementara, termasuk masuk ke taman permainan di situ bagi mendapatkan perlindungan, sementara menunggu bantuan, di tengah-tengah cuaca panas terik.


Saudi telah memainkan peranan utama dalam memindahkan lebih 5,000 warga asing dari Sudan, sejak pergaduhan meletus sekitar dua minggu lalu, antara kumpulan dua jeneral tentera yang bersaing kuasa.


Saudi juga adalah jiran terdekat Sudan – sekitar 240 kilometer di seberang Laut Merah – dan berupaya menguruskan pemindahan secara besar-besaran.


Operasi itu juga sesuai dengan usaha kerajaan pimpinan Putera Mahkota Mohammed Salman, untuk meletakkan Saudi sebagai  kuasa global dan pengantara yang berkecuali.


Pegawai Saudi mempunyai hubungan dengan kedua-dua pemimpin tentera  bertelagah itu dan Saudi adalah salah sebuah negara anggota kumpulan empat negara yang cuba namun gagal mewujudkan pemerintahan awam di Sudan itu. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >