KATHMANDU: Ribuan rakyat Nepal terpaksa berteduh dalam khemah untuk hari keempat berikutan kejadian gempa bumi yang melanda negara itu dan mengorbankan lebih 4,000 nyawa setakat ini.
Angka kematian itu termasuk lebih 90 di negara jiran seperti India dan China, manakala lebih 7,500 penduduk Nepal mengalami kecederaan.