Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan penduduk Filipina dipindahkan sedang Gunung Mayon mulai meletus

Penduduk hadapi risiko kesihatan akibat abu dan gas toksik yang dimuntahkan dari kawah membuak.
Jun 11, 2023 | 08:30 PM



MANILA: Beribu-ribu orang yang tinggal berhampiran gunung berapi Filipina telah berlindung di pusat pemindahan ketika pegawai memberi amaran pada Ahad mengenai risiko kesihatan daripada abu dan gas toksik yang dimuntahkan dari kawah yang membuak.

Penyelidik seismologi berkata, mereka telah merekodkan sekurang-kurangnya satu gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam lalu dan batuan panas merah jatuh dari Gunung Mayon di wilayah tengah Albay.

Lebih 12,800 orang, kebanyakannya dari perkampungan pertanian di atau berhampiran kaki gunung berapi, telah dipindahkan ke pusat pemindahan, kata pejabat pertahanan awam Filipina.

“Kami jauh dari rumah kami, tetapi ia masih lebih baik di sini kerana ia terlalu berbahaya,” ibu kepada dua anak, Cik Rachel Ramirez, 30, memberitahu agensi berita AFP semasa hari ketiganya di sekolah berhampiran bandar Daraga yang telah bertukar menjadi tempat perlindungan kecemasan.

Mayon, kira-kira 330km tenggara ibu kota Manila, dianggap sebagai salah satu daripada 24 gunung berapi aktif yang paling tidak menentu di negara itu.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata, batu jatuh dari kubah lahar yang hancur ditolak keluar dari kawah oleh bahan cair di bawah bumi.

Batu-batu itu menghujani kawasan sehingga dua kilometer jauhnya dan pelepasan sulfur dioksida meningkat tiga kali ganda pada hari Sabtu, kata ahli gunung berapi negeri.

“Terdapat risiko kesihatan bersamaan semasa berada berhampiran dengan letusan kerana terhidu gas sulfur dioksida atau zarah daripada abu,” Setiausaha Kesihatan Teodoro Herbosa memberitahu taklimat akhbar pada Ahad.

Sistem amaran lima langkah untuk gunung berapi itu dinaikkan daripada dua kepada tiga pada Khamis, dengan pihak berkuasa memberi amaran tentang kemungkinan penyakit pernafasan akibat terhidu asap. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >