Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan penduduk Sydney diminta pindah ekoran bah

Jul 05, 2022 | 05:30 AM



SYDNEY: Arahan baru supaya segera berpindah telah dikeluarkan kepada ribuan penduduk bandar Sydney semalam.



Ini selepas hujan lebat membanjiri beberapa kawasan pinggir bandar terbesar Australia itu, dengan pegawai memberi amaran tentang cuaca tidak menentu dalam tempoh mendatang.



Sistem tekanan rendah di luar pantai timur Australia diramalkan membawa hujan lebat dalam beberapa hari di seluruh negeri New South Wales.



Ini selepas beberapa tempat di negeri itu menerima banyak hujan sepertimana dalam tempoh sebulan, hanya pada hujung minggu lalu sahaja.



Sejak kelmarin, kira-kira 30,000 penduduk di New South Wales telah diberitahu supaya sama ada berpindah atau diberi amaran mereka mungkin menerima arahan pemindahan.



Kekecewaan memuncak dalam kalangan penduduk di beberapa pinggir bandar Sydney selepas banjir menenggelamkan rumah, ladang dan jambatan, antaranya buat kali ketiga tahun ini.



"Ia amat memusnahkan. Kami tidak percaya," kata Mayor Camden, Cik Theresa Fedeli.



"Kebanyakan mereka baru sahaja pulih daripada banjir terakhir, membaiki kediaman mereka, memulakan perniagaan mereka namun malangnya banjir berlaku lagi."



Encik Paul O'Neill, seorang penduduk dari Wisemans Ferry yang dilanda banjir, berkata beliau membawa bekalan makanan menggunakan bot kepada keluarganya yang terkandas selepas air yang meningkat memutuskan akses keluarganya.



"Jalan raya musnah dan tidak dibaiki sejak banjir lalu, tidak disentuh.



"Jadi sekarang mereka menutup akses jalan kami, lalu feri kini satu-satunya cara untuk pulang ke rumah sekarang," kata Encik O'Neill.



Rakaman di media sosial menunjukkan stesen minyak, rumah, kereta dan papan tanda jalan sebahagiannya di bawah air manakala tong sampah terapung di jalan raya yang dinaiki air.



Kira-kira 100 milimeter (mm) hujan boleh turun dalam tempoh 24 jam mendatang di kawasan lebih 300 kilometer di sepanjang pantai New South Wales dari Newcastle ke selatan Sydney, kata Biro Meteorologi.



Lebih 200mm hujan telah turun di banyak kawasan, dengan beberapa kawasan mencecah sehingga 350mm sejak Sabtu lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >