Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribuan serbu parlimen, istana, dan mahkamah agung Brazil

Mereka bertindak ganas selepas enggan terima keputusan pilihan raya presiden apabila Bolsonaro tewas dengan perbezaan undi kecil
Jan 10, 2023 | 05:30 AM



BRASILIA: Ribuan penunjuk perasaan yang menyokong mantan presiden Encik Jair Bolsonaro yang berhaluan kanan, menceroboh bangunan parlimen, istana presiden dan mahkamah agung Brazil, dalam satu tindakan kekerasan membantah keputusan pilihan raya negara itu yang disifatkan sebagai penuh penipuan.



Mereka membakar permaidani di dewan parlimen, menyerbu masuk istana presiden, menggeledah dokumen dalam Mahkamah Agung serta memecahkan tingkap kaca di bangunan mahkamah itu.



Rusuhan itu adalah kemuncak bantahan oleh para penyokong Encik Bolsonaro terhadap sistem pilihan raya negara itu.



Pemandangan rusuhan di ibu kota Brazil itu mirip keganasan yang berlaku pada 6 Januari 2021 di bangunan rasmi Capitol di Amerika Syarikat, oleh para penyokong mantan presiden Encik Donald Trump.



Pihak berkuasa mengatakan, lewat malam kelmarin, pasukan tentera dan polis telah menguasai semula ketiga-tiga bangunan tersebut serta kawasan yang dinamakan Three Powers Square.



Rusuhan itu meletus seminggu selepas Presiden baru, Encik Luis Inacio Lula da Silva, mengangkat sumpah.



Polis mengepung bangunan Kongres dan menggunakan gas pemedih mata untuk menghalang penunjuk perasaan daripada memasukinya, tetapi tidak berjaya.



Presiden Lula tiada di ibu kota kerana sedang melakukan lawatan ke Sao Paulo.



Beliau mengisytiharkan campur tangan pasukan keselamatan persekutuan di Brasilia dan berjanji akan menghukum mereka yang terbabit.



Presiden Lula juga berkata beberapa ucapan Encik Bolsonaro menghasut penyokongnya melakukan rusuhan itu.



Encik Bolsonaro yang terbang ke Florida, Amerika Syarikat menjelang pelantikan Presiden Lula, enggan mengulas mengenai keganasan itu.



Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu meminta campur tangan ketenteraan sama ada untuk mengembalikan Encik Bolsonaro atau menggulingkan Presiden Lula daripada jawatannya.



Presiden Lula pada sidang media dari Sao Paulo mendakwa, Encik Bolsonaro menghasut pemberontakan oleh mereka yang disebutnya 'fanatik fasis' dan turut mengeluarkan arahan yang baru ditandatangani, untuk mengawal keselamatan.



Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata, untuk cuba mengawal semula bangunan.



Sekitar empat jam selepas serangan itu, pasukan keselamatan dilihat menghalau penunjuk perasaan daripada Mahkamah Agung dan mengarah mereka turun ke istana presiden dengan tangan diikat di belakang.



Bagaimanapun, ramai rakyat sangsi apabila melihat banyak kerosakan berlaku.



Presiden Lula dalam sidang medianya juga mempersoalkan mengenai 'ketidakcekapan atau niat jahat' segelintir anggota polis yang dikatakan 'membiarkan' penyokong Encik Bolsonaro merusuh di ibu negara minggu lalu.



Beberapa pemimpin dunia mengutuk serangan oleh penyokong bekas presiden Brazil itu.



Setakat ini, belum ada sebarang laporan tentang kematian atau kecederaan ekoran rusuhan yang berlaku itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >