Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:14

Ribut ancam misi mencari MH370

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Ribut ancam misi mencari MH370

Mar 27, 2014 | 04:36 PM

PERTH (AFP) - Ribut dan angin kencang mengancam pencarian bangkai pesawat MH370 hari ini, meskipun imej satelit terbaru telah mengesan lebih 100 objek terapung yang memberikan harapan petunjuk baru.

Malaysia berkata, imej-imej yag dirakamkan oleh satelit Perancis baru-baru ini menunjukkan '122 kemungkinan objek' berada di satu kawasan terpencil di Lautan Hindi.

Namun, masih belum ada apa-apa objek yang telah dikeluarkan dari lautan itu meskipun operasi pencarian merangkumi banyak negara.

Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, tidak dapat mengesahkan jika objek-objek itu berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac lalu bersama 239 orang di dalamnya.

Penguasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa), yang menyelaras pencarian 2,500 kilometer di barat daya Perth berkata, mereka berada di kawasan yang telah di kenal pasti oleh pihak berkuasa sebagai zon pesawat itu terhempas.

"Kedudukan daripada maklumat satelit yang dikeluarkan oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) termasuk dalam kawasan pencarian oleh misi mencari Rabu lalu," katanya sejurus sebelum pesawat mencari berlepas ke kawasan itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3