SPH Logo mobile
Langgan|

Ribut di Australia putuskan bekalan elektrik 110,000 rumah; seorang maut

Ribut di Australia putuskan bekalan elektrik 110,000 rumah; seorang maut

Dec 26, 2023 | 2:23 PM

Ribut di Australia putuskan bekalan elektrik 110,000 rumah; seorang maut

RIBUT PETIR: Bekalan elektrik 110,000 buah rumah terputus ekoran ribut petir dan angin kencang pada 25 Disember, di timur Australia.
RIBUT PETIR: Bekalan elektrik 110,000 buah rumah terputus ekoran ribut petir dan angin kencang pada 25 Disember, di timur Australia. - Foto FACEBOOK ENERGEX

SYDNEY: Ribut petir pada malam Krismas dengan angin kencang memutuskan bekalan elektrik di 110,000 rumah di timur Australia, dan menumbangkan pokok serta mengorbankan seorang wanita, kata pegawai pada 26 Disember.

Orang ramai kehilangan bekalan elektrik apabila ribut itu mengakibatkan kerosakan teruk, memutuskan talian elektrik di ibu kota Queensland, Brisbane dan kawasan Gold Coast, kata syarikat tenaga Energex.

“Tiada cara mudah untuk mengatakan ini tetapi sesetengah pelanggan tidak akan mempunyai bekalan kuasa selama beberapa hari... kami sedang melihat kerosakan besar dan meluas pada skala taufan.

“Laporan kerosakan selanjutnya akan datang setiap minit,” kata Energex dalam kemas kini di media sosial.

Perkhidmatan ambulans Queensland berkata seorang wanita berusia 59 tahun telah dihempap sebatang pokok tumbang di sebatang jalan raya di Gold Coast.

“Malangnya wanita itu mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia. Kami tidak dapat menyelamatkannya,” kata paramedik penjagaan kritikal, Encik Jaye Newton, yang berada di tempat kejadian.

Satu lagi pokok tumbang memerangkap seorang wanita di dalam keretanya selama lebih sejam, katanya kepada pemberita.

“Ia seperti zon bencana... terdapat pokok di sepanjang jalan,” kata Encik Newton, menggambarkan bagaimana angin telah menanggalkan pokok-pokok dan menerbangkan genting dari bumbung bangunan.

Ribut petir yang teruk dengan tiupan angin yang merosakkan, hujan batu besar dan hujan lebat diramalkan pada lewat 26 Disember, kata Biro Meteorologi.

“Ribut petir lebih buruk dan membahayakan mungkin berlaku lagi,” kata biro kaji cuaca itu sambil memberi amaran di media sosial dan melalui satu kenyataan, mengenai banjir besar yang akan berlaku kira-kira 40 kilometer ke pedalaman dari Gold Coast. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg