Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Agensi bencana M’sia keluarkan amaran banjir bagi beberapa negeri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Agensi bencana M’sia keluarkan amaran banjir bagi beberapa negeri

Dec 21, 2023 | 03:38 PM



PETALING JAYA: Amaran hujan lebat berterusan telah dikeluarkan untuk bandar-bandar di pantai timur Kelantan dan Terengganu.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata amaran itu dikeluarkan bagi kawasan Rompin di Pahang, serta Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Baru di Johor, yang dijangka hujan berterusan hingga 21 Disember.

“Jerantut, Kuantan dan Pekan di Pahang serta Kelantan dan Terengganu juga diramalkan akan mengalami hujan lebat berterusan sehingga 25 Disember,” katanya pada 20 Disember.

Sehubungan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) peringkat daerah dan negeri di kawasan terjejas diaktifkan sebagai persediaan menghadapi banjir, lapor The Star.


Dalam Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana yang dikeluarkan pada 20 Disember, Nadma menyeru kakitangan yang terlibat agar memastikan pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan kemudahan sesuai dan mempunyai bekalan barangan bantuan yang mencukupi.​

Ia juga mengarahkan pos kawalan di tempat kejadian untuk memastikan aset operasi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan sekiranya berlaku banjir.

Ketika dihubungi, Nadma menggesa penduduk di kawasan terjejas supaya bersiap sedia mengambil semua langkah berjaga-jaga dan tindakan sekiranya berlaku banjir.

“Sediakan beg kecemasan dengan barangan keperluan, pindah ke tempat yang tinggi dan selamat, jangan benarkan kanak-kanak bermain air banjir dan elakkan daripada menyentuh sebarang peralatan elektrik atau wayar,” katanya dalam satu jawapan bertulis.

Sementara itu, Terengganu berkemungkinan berdepan hujan lebat berserta angin kencang yang sekali gus membawa kepada banjir gelombang ketiga.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, berkata ia susulan daripada kejadian ribut tropika Jelawat yang melanda di tenggara Filipina.

Katanya, pihaknya menerima laporan daripada MetMalaysia yang menjangkakan hujan lebat dan gelombang ketiga di negeri itu bermula pada 22 Disember hingga 26 Disember, lapor Berita Harian Malaysia.


“Banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini baru sahaja pulih apabila semua PPS ditutup sepenuhnya pada 2 petang pada 19 Disember. Kita menjangkakan hujan lebat serta angin kencang kemungkinan dijangka berlaku mulai Jumaat ini (22 Disember).

“Sekiranya terdapat kesan ribut tropika Jelawat, kita mungkin menghadapi hujan yang berat (lebat) dan kemuncaknya pada 24 dan 25 Disember ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Tengku Farok Hussin berkata pihaknya dimaklumkan hujan lebat akan melanda seluruh Terengganu membabitkan kawasan pesisir pantai.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk, terutama yang tinggal di kawasan pesisir pantai, supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada.


“Malah, kita juga memberi arahan kepada semua pengerusi bencana daerah supaya memberi tumpuan di kawasan masing-masing terutama kawasan ‘hotspot’.


“Mengikut ramalan yang dikeluarkan, hujan lebat dan angin kencang ini membabitkan daerah Besut hingga Kemaman, disusuli kawasan pendalaman,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >