Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ringgit lebih kukuh

Jun 10, 2016 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Nilai mata wang ringgit meningkat ke paras tertingginya dalam tempoh tiga minggu selepas harga minyak mentah naik lebih 2 peratus semalaman.



Ringgit dibuka tinggi berbanding nilai dolar Amerika Syarikat semalam berikutan kenaikan permintaan belian dan di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah dalam sekelip mata.



Pada 9.01 pagi semalam, seunit ringgit berada pada nilai 4.0380/0450 berbanding dengan dolar Amerika.



Ini berbanding dengan nilai mata wang Malaysia itu yang ditutup pada paras 4.0590/0640 berbanding dengan sedolar Amerika pada 5 petang kelmarin.



Seorang peniaga berkata ringgit mengukuh pada awal dagangan - mengambil petunjuk daripada kenaikan harga minyak mentah dalam sekelip mata.



"Kontrak penanda aras minyak mentah Brent meningkat kepada AS$52.77 ($71) setong.



"Para pelabur masih cuba untuk mencerna data angka pekerjaan Amerika yang tidak menggalakkan, sambil mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap sebarang kenaikan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan," kata peniaga itu.



Ringgit juga diperniagakan lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama lain.



Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9929/9999 berbanding dengan harga penutupnya kelmarin kepada 3.0002/0041 dan naik berbanding euro kepada 4,6009/6105 daripada 4,6147/6220.



Nilai ringgit meningkat berbanding yen kepada 3,7781/7864 daripada 3,7896/7953, dan meningkat berbanding pound sterling Britain kepada 5,8575/8685 daripada 5,8977/9058. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >