Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ringgit turun ke paras lebih rendah berbanding dolar S’pura, AS

May 25, 2023 | 5:37 PM
BERATUR TUKAR WANG: Ramai orang beratur di gerai pengurup Citi Money Changers di The Arcade untuk menukar wang asing, termasuk ringgit yang turun ke paras rendah berbanding dolar Singapura.
BERATUR TUKAR WANG: Ramai orang beratur di gerai pengurup Citi Money Changers di The Arcade untuk menukar wang asing, termasuk ringgit yang turun ke paras rendah berbanding dolar Singapura. - Foto ST

KUALA LUMPUR: Mata wang ringgit terus menurun berbanding dolar Amerika Syarikat dan Singapura, antaranya disebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah di Amerika.

Pada pagi Khamis, ringgit mencecah paras 4.6 bagi setiap dolar Amerika.

Mata wang itu juga terus lemah berbanding dolar Singapura dan merosot ke paras terendah baru 3.4102 pada Rabu. Awal minggu ini, ia jatuh daripada 3.38 pada Isnin kepada 3.39 pada Selasa.

Paras rendah sebelumnya pada 3.376 berlaku pada November 2022.

Dengan penurunan terkini, nilai Singdollar telah meningkat sebanyak 4.15 peratus berbanding ringgit sejak awal tahun ini, lapor The Straits Times.

Ketua ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran saham Amerika berakhir lebih rendah pada Rabu sedang kadar faedah Perbendaharaan Amerika meningkat lebih tinggi, menunjukkan bahawa aset tradisional terjejas teruk oleh kebuntuan isu hutang Amerika dan ketidaktentuan pada masa hadapan kenaikan kadar faedah oleh Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika, lapor The Star.

Beliau berkata minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) juga mencadangkan bahawa ahlinya tidak sepakat mengenai menaikkan kadar dasar, tetapi sebulat suara dalam keputusan mereka untuk menaikkannya sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat lalu.

Sementara itu, mengenai tukaran ringgit-dolar Singapura, Ketua strategi forex Maybank, Encik Saktiandi Supaat, berkata ringgit dijangka menembusi paras terendah baru RM3.45 berbanding Singdollar dalam tempoh satu bulan jika harga komoditi terus lemah, pertumbuhan ekonomi China perlahan dan kekuatan dolar Amerika berterusan.

Bercakap kepada The Straits Times, beliau berkata:

“Kelemahan harga komoditi minyak mentah dan minyak sawit mentah berikutan kebimbangan ekonomi global yang semakin meningkat berkemungkinan menjejas sentimen terhadap ringgit sejak kebelakangan ini.

“Kekuatan dolar AS di sebalik sokongan tempat selamat atau isyarat lebih tegar pihak Fed juga mungkin menjejas ringgit.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg