Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ringkasan berita konflik Israel-Hamas

Nov 15, 2023 | 02:53 PM



Puluhan ribu sokong Israel di Washington


WASHINGTON: Berpuluh-puluh ribu orang mengadakan perhimpunan di Washington pada Selasa untuk menyokong Israel dan mengutuk gerakan anti-Yahudi, sebagai tindak balas kepada demonstrasi pro-Palestin di seluruh Amerika Syarikat baru-baru ini.


Beberapa anggota Kongres berucap dalam acara di National Mall, berhampiran bangunan Capitol, itu dengan peserta memakai lambang warna putih dan biru Israel, melambaikan sepanduk menyeru kumpulan Palestin Hamas membebaskan tebusan.

Seorang peserta, Encik Sergei Kravchick, berkata: “Kami sudah tentu menyokong Israel... Kami melakukan apa yang kami rasa perlu dilakukan.” – AFP.

Qatar gesa Israel, Hamas runding isu tebusan


DOHA: Qatar menggesa Israel dan Hamas mencapai persetujuan untuk membebaskan tebusan yang ditahannya dalam serangan pada 7 Oktober, sambil memberi amaran bahawa keadaan di Gaza semakin buruk setiap hari.


Bercakap kepada satu sidang media di Doha, jurucakap Kementerian Luar Qatar, Encik Majed bin Mohammed Al-Ansari, berkata keadaan yang semakin memburuk di Gaza menghalang usaha pengantaraan.

“Kami percaya tidak ada peluang lain untuk kedua-dua pihak selain daripada pengantaraan untuk mencapai situasi di mana kita dapat melihat cahaya harapan dalam krisis yang dahsyat ini,” katanya. – AFP.

Houthi ancam serang kapal Israel di Laut Merah


SANAA: Pemberontak Houthi Yaman pada Selasa mengancam akan menyasarkan kapal Israel di Laut Merah sedang mereka mendakwa telah melancarkan satu lagi peluru berpandu ke negara itu disebabkan perangnya ke atas Gaza.


Pemimpin kumpulan itu, Encik Abdul-Malik al-Houthi, berkata pihaknya sedang memantau keadaan dan tidak akan teragak-agak untuk menyerang kapal Israel dan malah kapal-kapal tanpa bendera Israel selepas mendapat pengesahan lanjut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >