WASHINGTON: Pemimpin China, Encik Xi Jinping, enggan menerima vaksin pihak barat meskipun cabaran yang dihadapi China berkaitan Covid-19, dan sedang bantahan terkini di sana bukan dianggap ancaman buat Parti Komunis, ia boleh menjejas kedudukan peribadinya, kata Pengarah Risikan Nasional Amerika Syarikat, Cik Avril Haines, hari ini (4 Disember).
Meskipun kes harian Covid-19 di China kini berada di kemuncak tertinggi, sesetengah bandar sedang mengambil langkah melonggarkan ujian dan kuarantin selepas dasar sifar Covid-19 oleh Encik Xi menyebabkan ekonomi perlahan mendadak dan rasa tidak senang dalam kalangan orang ramai.
Cik Haines yang berucap di Forum Pertahanan Nasional Reagan di California berkata di sebalik impak sosial dan ekonomi akibat virus itu, Encik Xi masih enggan mengambil vaksin yang lebih baik dari pihak barat, dan sebaliknya bergantung kepada vaksin di China yang tidak begitu berkesan menentang Omicron.
“Melihatkan bantahan dan respons yang diberi seperti menunjukkan apa yang beliau ingin ketengahkan, iaitu China lebih berkesan di peringkat pemerintahannya.
“Sekali lagi ia bukan sesuatu yang dianggap ancaman kepada kestabilan pada masa ini, atau perubahan rejim.
“Tapi bagaimana ia berkembang adalah penting buat kedudukan Encik Xi,” kata Cik Haines.
China belum meluluskan sebarang vaksin Covid-19 asing, sebaliknya memilih menghasilkannya secara domestik, di mana sesetengah kajian menunjukkan bahawa ia tidak begitu berkesan berbanding beberapa vaksin asing.
“Ini bermakna melonggarkan langkah pencegahan terhadap virus itu memberi kesan risiko lebih tinggi yang boleh dihadapi, menurut pakar. - Reuters