Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Risiko varian JN. 1 Covid-19 rendah: WHO

Dec 20, 2023 | 02:11 PM



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 19 Disember, mengklasifikasikan tingkat parah JN.1 Covid kepada kesihatan awam adalah rendah.


Sekurang-kurangnya dua pakar memberitahu agensi berita Reuters bahawa walaupun tekanan virus itu boleh mengelak sistem imun dan lebih mudah menular berbanding varian lain, ia tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit yang lebih teruk.


Walaupun mungkin terdapat lebih banyak kes dengan varian itu, JN.1 tidak menimbulkan risiko yang lebih besar, kata Encik Andrew Pekosz, pakar virologi di Sekolah Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg.

JN.1 sebelum ini diklasifikasikan sebagai sebahagian varian daripada baka induknya BA.2.86, tetapi WHO kini telah mengklasifikasikannya sebagai Varian Perlu Perhatian (VOI).

WHO berkata vaksin semasa akan terus melindungi individu daripada penyakit teruk dan kematian akibat serangan JN.1 dan varian lain, yang beredar bagi virus Covid-19.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat berkata subvarian JN.1 membentuk kira-kira 15 peratus hingga 29 peratus kes di Amerika setakat 8 Disember, menurut unjuran terbaru agensi itu.

CDC berkata pada masa ini tiada bukti bahawa JN.1 meningkatkan risiko kepada kesihatan awam, berbanding varian lain yang sedang beredar.

Penemuan yang dikemas kini boleh memastikan rakyat Amerika dilindungi daripada varian tersebut.

JN.1 pertama kali dikesan di Amerika pada September 2023, menurut CDC.

Minggu lalu, China mengesan tujuh jangkitan subvarian Covid-19. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >