Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rumah baru M’sia suku pertama 2023 dilancar pada harga RM300,000 hingga lebih RM1j

Jun 13, 2023 | 08:36 PM



KUALA LUMPUR: Majoriti rumah baru yang dilancarkan sepanjang tiga bulan pertama 2023 berharga melebihi RM300,00 ($89,000) hingga lebih RM1 juta ($298,000) seunit.


Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming, memaklumkan hampir 75 peratus atau 3,468 daripada 4,661 rumah baru yang dilancarkan sepanjang suku pertama 2023 dijual dalam lingkungan harga berkenaan.

Daripada jumlah itu, 31.8 peratus atau 1,482 rumah baru berharga RM300,001 hingga RM500,000; 35.7 peratus atau 1,663 unit berharga RM500,001 hingga RM1 juta; dan 6.9 peratus atau 323 unit berharga melebihi RM1 juta, kata beliau.

Jelasnya, hanya 25.6 peratus atau 1,193 unit rumah baru yang diluluskan dalam tempoh berkenaan adalah rumah mampu milik berharga di bawah RM300,000.

“Berdasarkan laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), bagi suku pertama tahun ini, bilangan unit rumah baru dilancar adalah berjumlah 4,661 unit.

“Daripada jumlah itu, 3,985 unit atau 85.5 peratus adalah rumah jenis bertanah dan 676 unit atau 14.5 peratus adalah rumah jenis bertingkat.

“Tiga negeri dengan jumlah unit rumah baru dilancar tertinggi pada suku pertama 2023 adalah Johor (2,077), Selangor (791) dan Pahang (700),” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Encik Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) yang bertanyakan berapa bilangan keseluruhan unit hartanah perumahan di seluruh Malaysia pada tahun ini mengikut perincian hartanah dan strata.

Dasar kerajaan ketika ini menetapkan harga maksimum rumah mampu milik di seluruh negara adalah RM300,000.

Mengulas lanjut, Encik Nga memaklumkan Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 merekodkan terdapat 9.6 juta unit kediaman di Malaysia.

“Ini adalah peningkatan berbanding 7.3 juta unit kediaman seperti dilaporkan dalam Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010,” katanya. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >