Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Rumah Putih tidak sokong serangan dron Ukraine ke dalam Russia

Jul 25, 2023 | 03:27 PM



WASHINGTON: Rumah Putih berkata ia tidak merestui tindakan Ukraine melancarkan serangan di dalam Russia selepas dua dron dari Ukraine merosakkan bangunan di Moscow pada awal Isnin.


“Umumnya kami tidak menyokong serangan di dalam Russia,” kata jurucakap Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre, kepada pemberita dalam satu taklimat akhbar.

Russia berikrar akan mengambil tindakan balas terhadap Ukraine dan menyifatkan dua serangan dron itu, termasuk yang berdekatan dengan ibu pejabat Kementerian Pertahanan, sebagai satu tindakan keganasan.

Tetapi Cik Jean-Pierre berkata: “Ini adalah perang yang dimulakan oleh Russia dan mereka boleh menamatkannya pada bila-bila masa dengan menarik balik tentera dari Ukraine dan bukannya melancarkan serangan kejam terhadap orang awam.”

Tiada siapa yang cedera dalam serangan di Moscow – yang paling berprofil tinggi sejak dua dron sampai ke Kremlin pada Mei.

Satu dron menyerang berhampiran ibu pejabat pertahanan Russia dalam satu pukulan simbolik yang menggariskan jangkauan dron tersebut.

Seorang pegawai kanan Ukraine berkata, akan ada lebih banyak serangan daripada pihaknya.

Sementara itu, Kyiv pada Isnin berkata, serangan dron Russia telah memusnahkan gudang bijirin Ukraine di Sungai Danube dan mencederakan tujuh orang.

Tindakan itu membuat Presiden Romania, Encik Klaus Iohannis, memberi amaran bahawa keselamatan di Laut Hitam terancam.

Rakaman amatur yang disiarkan di media sosial oleh seorang warga Romania menunjukkan letupan di seberang Danube ketika dron kelihatan menyerang bandar pelabuhan Reni di Ukraine.

Danube membentuk sempadan semula jadi dengan Romania yang merupakan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan juga dekat sempadan Moldovan.

Delta Danube, yang merentangi Romania dan Ukraine, digunakan sebagai laluan eksport untuk bijirin Ukraine.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, telah membincangkan kejadian itu dengan Menteri Luar Romania, Cik Luminita Odobescu, pada Isnin, kata jurucakap Jabatan Negara, Encik Matthew Miller, kepada pemberita di Washington.

Encik Miller berkata bahawa dalam panggilan itu, Encik Blinken menegaskan akan mempertahankan setiap inci wilayah Nato.

Presiden Iohannis menulis di Twitter pada Isnin: “Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan Russia baru-baru ini terhadap prasarana awam Ukraine di Danube. Ia sangat dekat dengan Romania.

“Ketegangan baru-baru ini menimbulkan risiko serius kepada keselamatan di Laut Hitam. Ia juga menjejas transit bijirin Ukraine selanjutnya, sekali gus keselamatan makanan global.”

Minggu lalu, Russia menarik diri daripada perjanjian penting yang membolehkan bijirin Ukraine selamat dieksport menerusi Laut Hitam.

Sejak itu, Kyiv menuduh Russia menyasarkan bekalan bijirin dan prasarana yang penting untuk eksport.

“Kami akan terus berunding dengan rakan kongsi kami di rantau ini tentang cara kami boleh mencari cara alternatif untuk mengeluarkan bijirin dari Ukraine,” kata Encik Miller, sambil memberi amaran “tiada penyelesaian sempurna” yang boleh menggantikan perjanjian itu.

Berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada Februari 2022, sejumlah besar eksport bijirin Ukraine telah dihantar melalui pelabuhan Romania, Constanta, di Laut Hitam.

Perdana Menteri Romania, Encik Marcel Ciolacu, pada Isnin menggesa Russia supaya menghentikan serangan udara ke atas prasarana pelabuhan Ukraine.

“Romania akan terus menyokong Ukraine dalam mengenal pasti penyelesaian praktikal untuk eksport bijirin selanjutnya ke pasaran global,” tambahnya dalam kenyataan akhbar. – AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >