Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rumah Putih: Kaki, tangan Trump bengkak kerana masalah salur darah

Jul 18, 2025 | 10:55 AM
FOTO FAIL: Solekan dilihat menutupi sebahagian tangan kanan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ketika beliau berjabat tangan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman bin Hamad Al Khalifa, di Rumah Putih, Washington, D.C., Amerika Syarikat, pada 16 Julai 2025. Trump telah disahkan menghidap keadaan salur darah kronik tetapi tidak berbahaya selepas menjalani pemeriksaan perubatan berikutan pembengkakan pada kakinya, menurut Rumah Putih pada 17 Julai 2025. Menjawab spekulasi berikutan foto-foto terkini yang menunjukkan kesan lebam pada tangan Trump, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, berkata “keadaan ini konsisten dengan kerengsaan ringan pada tisu lembut akibat kerap berjabat tangan dan pengambilan aspirin, yang merupakan sebahagian daripada rejimen pencegahan kardiovaskular standard.”
FOTO FAIL: Solekan dilihat menutupi sebahagian tangan kanan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ketika beliau berjabat tangan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman bin Hamad Al Khalifa, di Rumah Putih, Washington, D.C., Amerika Syarikat, pada 16 Julai 2025. Trump telah disahkan menghidap keadaan salur darah kronik tetapi tidak berbahaya selepas menjalani pemeriksaan perubatan berikutan pembengkakan pada kakinya, menurut Rumah Putih pada 17 Julai 2025. Menjawab spekulasi berikutan foto-foto terkini yang menunjukkan kesan lebam pada tangan Trump, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, berkata “keadaan ini konsisten dengan kerengsaan ringan pada tisu lembut akibat kerap berjabat tangan dan pengambilan aspirin, yang merupakan sebahagian daripada rejimen pencegahan kardiovaskular standard.” - Foto REUTERS

WASHINGTON: Rumah Putih pada 17 Julai memaklumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengalami pembengkakan pada bahagian bawah kaki serta lebam di tangan kanannya, selepas gambar yang menunjukkan pergelangan kakinya bengkak dan solekan menutupi bahagian tangan yang terjejas tersebar.

Jurucakap Rumah Putih, Cik Karoline Leavitt, membacakan surat daripada doktor peribadi Encik Trump semasa sidang media, dan menyatakan kedua-dua masalah kesihatan itu adalah tidak berbahaya.

Bengkak kaki berpunca daripada keadaan biasa berkaitan salur darah, manakala lebam di tangan pula disebabkan oleh terlalu kerap berjabat tangan, jelasnya kepada wartawan.

Pendedahan itu bertujuan menamatkan pelbagai spekulasi dalam talian bahawa Presiden berusia 79 tahun itu mungkin menghidap penyakit serius, berdasarkan bukti bergambar yang tersebar.

Selepas sidang media Cik Leavitt, Rumah Putih mengedarkan surat daripada doktor Encik Trump, Dr Sean Barbabella, seorang pegawai Tentera Laut Amerika.

Dr Barbabella menyatakan bahawa ujian imbasan ultrasound pada kaki Presiden menunjukkan beliau mengalami “insufisiensi vena kronik”, iaitu satu keadaan biasa dan tidak berbahaya, terutama dalam kalangan individu berusia lebih 70 tahun.

Surat itu juga menyatakan tiada bukti bahawa Ecik Trump menghidap trombosis vena dalam, iaitu penyakit yang pernah dihidapi bekas presiden Richard Nixon, mahupun penyakit arteri.

Pemeriksaan tambahan tidak menemui sebarang tanda kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang, atau penyakit sistemik lain, menurut Dr Barbabella.

Cik Leavitt menambah bahawa Encik Trump tidak mengalami sebarang ketidakselesaan akibat keadaan tersebut.

Dr Barbabella turut menyatakan bahawa Trump mengalami lebam di bahagian belakang tangan kanannya.

Beliau menjelaskan bahawa lebam itu “konsisten dengan kerengsaan tisu lembut ringan akibat kerap berjabat tangan dan pengambilan aspirin, yang merupakan sebahagian daripada rejimen pencegahan kardiovaskular standard.”

“Presiden Trump kekal dalam keadaan kesihatan yang sangat baik,” katanya.

Dr Kwame Amankwah, pakar bedah vaskular di Universiti Connecticut, Hartford, berkata insufisiensi vena kronik lazimnya berlaku pada bahagian bawah kaki, di mana salur darah menghadapi kesukaran menghantar darah dari kaki ke jantung.

Ia biasanya dirawat dengan penggunaan stoking mampatan dan meninggikan kaki, tambahnya

“Walaupun beliau tidak menghidap penyakit jantung, keadaan ini perlu diberi perhatian. Jika tidak dirawat dengan stoking mampatan dan kaki tidak ditinggikan, pembengkakan teruk dan ulser boleh berlaku, yang memerlukan rawatan perubatan lebih serius,” kata Dr Amankwah.

Encik Trump menjalani pemeriksaan fizikal menyeluruh pada 11 April di Pusat Perubatan Ketenteraan Nasional Walter Reed di pinggir bandar Washington. Pemeriksaan tersebut menunjukkan rentak jantung beliau normal dan tiada masalah kesihatan utama. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg