Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rundingan damai di Jeddah: Ukraine sifatkan hasil produktif, Russia anggap usaha sesia

Aug 07, 2023 | 11:44 AM



JEDDAH: Seorang pegawai kanan Ukraine menyifatkan rundingan di Arab Saudi bagi mencari huraian damai perang dengan Russia sebagai produktif, tetapi Moscow menyatakan pertemuan itu sebagai percubaan terkutuk.


Lebih 40 negara termasuk China, India, Amerika Syarikat, dan negara-negara Eropah, tetapi bukan Russia, menyertai rundingan di Jeddah yang berakhir pada Ahad.

Ukraine dan sekutunya menyifatkan rundingan itu sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan meluas antarabangsa terhadap prinsip Kyiv – mahu menjadi asas keamanan, termasuk penarikan semua tentera Russia dan pemulangan semula semua wilayah Ukraine kepadanya.

Presiden Ukraine, Encik Volodymir Zelensky, berkata beliau mahu satu sidang kemuncak global diadakan berdasarkan prinsip tersebut pada akhir tahun ini.

Kementerian Media Arab Saudi berkata para peserta telah bersetuju tentang kepentingan meneruskan rundingan bagi membuka jalan kepada keamanan. Pegawai Eropah pula berkata para peserta merancang untuk menubuhkan kumpulan kerja untuk menangani masalah khusus yang dibangkitkan oleh perang.

Sekitar 18 bulan selepas Russia menceroboh Ukraine, sebarang prospek rundingan damai secara langsung antara Kyiv dengan Moscow kelihatan kian pudar apabila pertempuran berlaku di barisan hadapan.

Bercakap mengenai rundingan Jeddah, ketua staf Presiden Zelensky, Encik Andriy Yermak, berkata dalam satu kenyataan: “Kami mendapati hasil rundingan sangat produktif mengenai prinsip-prinsip utama di mana keamanan yang adil dan berkekalan harus diwujudkan.”

Timbalan Menteri Luar Russia, Encik Sergei Ryabkov, dipetik oleh media Arab pada Ahad sebagai berkata bahawa pertemuan itu adalah “cerminan percubaan Barat untuk meneruskan usaha yang sia-sia dan terkutuk” untuk menggerakkan Selatan Global di belakang kedudukan Encik Zelensky.

Walaupun negara-negara Barat secara meluas menyokong Ukraine, banyak negara lain keberatan untuk berpihak walaupun mereka mahu menamatkan konflik yang melanda ekonomi global.

Penyertaan China, yang menjauhkan diri daripada pusingan awal rundingan di Copenhagen dan telah mengelak gesaan Barat untuk mengutuk pencerobohan Russia, menandakan kemungkinan perubahan dalam pendiriannya tetapi bukan perubahan besar, kata penganalisis.

Diplomat Barat juga telah menekankan peranan Arab Saudi dalam memanggil kumpulan negara yang lebih luas untuk mengambil bahagian, menggunakan hubungannya yang semakin meningkat dengan Beijing serta dengan Moscow dan Kyiv.

Encik Yermak berkata pandangan berbeza muncul tetapi bersifat terbuka dan sangat jujur semasa rundingan di Arab Saudi.

Beliau berkata semua negara yang hadir telah menunjukkan komitmen terhadap prinsip undang-undang antarabangsa dan menghormati kedaulatan dan tidak boleh dicabuli integriti wilayah negara. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >