Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia serang pelabuhan Danube Ukraine, naikkan harga bijirin global

Aug 03, 2023 | 02:53 PM



KYIV: Russia menyerang pelabuhan utama Ukraine di seberang Sungai Danube dari Romania pada Rabu yang menyaksikan harga makanan global melonjak.


Serangan itu ada kaitan dengan tindakan Russia meningkatkan kekerasannya untuk menghalang Ukraine daripada mengeksport bijirin.

Serangan dron itu memusnahkan bangunan di pelabuhan Izmail dan menghentikan pergerakan kapal yang tiba di pelabuhan itu untuk memuatkan bijirin Ukraine.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Encik Oleksandr Kubrakov, berkata serangan Russia merosakkan hampir 40,000 tan bijirin yang sepatutnya dihantar ke negara-negara seperti Afrika, China dan Israel.

“Moscow sedang melancarkan serangan yang boleh menimbulkan malapetaka global,” kata Presiden Volodymyr Zelenskiy dalam ucapan video setiap malamnya.

“Mereka mahu melihat pasaran makanan dunia runtuh, mereka mahu menimbulkan krisis harga dan mengganggu rangkaian bekalan,” tambahnya.

Encik Kubrakov berkata infrastruktur pelabuhan Danube telah “hancur”.

“Bijirin Ukraine sangat diperlukan untuk dunia dan tidak boleh digantikan oleh mana-mana negara lain pada tahun-tahun akan datang,” tambahnya.

“Pelabuhan Izmail paling banyak mengalami kerosakan, termasuk terminal dan infrastruktur Syarikat Perkapalan Danube.”

Agensi berita negara Russia RIA berkata pelabuhan dan infrastruktur bijirin yang dilanda adalah menempatkan askar upahan asing dan perkakasan tentera. Sebuah kawasan pembaikan kapal tentera laut juga menjadi sasaran, katanya.

RIA tidak memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya dan Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu.

Video yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Ukraine menunjukkan anggota bomba menaiki tangga melawan api yang tinggi di dalam bangunan yang ditutup dengan tingkap pecah. Beberapa bangunan besar lain telah runtuh, dan bijirin tumpah daripada sekurang-kurangnya dua silo yang rosak.

Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa, gabenor wilayah Odesa Oleh Kiper menulis dalam catatan di aplikasi pemesejan Telegram.

Data pengesanan kapal komersial menunjukkan berpuluh-puluh kapal antarabangsa berhenti dan menjatuhkan sauh di muara Danube, kebanyakannya mendaftar untuk tiba di Izmail dalam usaha nyata untuk melanggar sekatan Rusia.

Pelabuhan itu, di seberang sungai dari Romania anggota Nato, merupakan laluan alternatif utama keluar dari Ukraine untuk eksport bijirin, sejak sekatan Russia menghentikan lalu lintas di pelabuhan Laut Hitam Ukraine pada pertengahan Julai.

Dua sumber industri memberitahu operasi Reuters di pelabuhan itu digantung. Ketua pihak berkuasa pelabuhan Yuriy Lytvyn berkata di Facebook bahawa kerja pembaikan telah dimulakan dan infrastruktur pelabuhan terus beroperasi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >